Daftar automatik pengundi 18 tahun
Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) kebangsaan mengalu-alukan cadangan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menurunkan had umur
pengundi seawal 18 tahun.
Pada masa yang sama, kerajaan persekutuan Pakatan Harapan juga harus mengambil suatu langkah lanjut ke hadapan untuk melaksanakan sistem pendaftaran pengundi automatik bagi semua pengundi-pengundi yang telah mencapai tahap umur mengundi.
Cadangan daripada Dr Mahathir merupakan idea yang bernas dan selari dengan perkembangan politik dan demokrasi sedunia.
Selain negara-negara seperti Thailand, Australia, Denmark, Italy, Jerman dan hampir 100 negara yang telah menetapkan had umur mengundi pada 18 tahun, negara Jepun dan Taiwan juga pada baru-baru ini menurunkan had umur mengundi untuk referendum kepada 18 tahun.
Langkah
ini patut dan perlu yang akan menunjukkan keyakinan kita kepada
golongan anak muda untuk membuat pilihan dan keputusan yang terbaik
untuk masa depan negara.
Ia juga merupakan satu pengiktirafan kerajaan kepada peranan golongan anak muda dalam membantu untuk perkembangan demokrasi negara ini.
Setakat September 2017, terdapat 3.6 juta warganegara Malaysia yang layak mengundi tetapi tidak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi.
Antaranya, dua pertiga atau lebih kurang 2.5 juta antara mereka terdiri daripada golongan anak muda yang berumur antara 21 hingga 30 tahun.
Keadaan ini sebenarnya bertambah serius selepas 2013 apabila kerajaan persekutuan Barisan Nasional pada ketika itu, melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), telah menamatkan kesemua perkhidmatan penolong pendaftar pengundi untuk parti-parti politik.
Tindakan ini bertentangan dengan perkembangan demokrasi.
Sistem pendaftaran pengundi automatik tidak asing di negara-negara demokrasi maju. Jerman, Perancis, Belgium dan Sweden merupakan antara negara-negara yang melaksanaan polisi ini.
Amerika Syarikat juga telah mengambil langkah ke hadapan dalam perkara ini apabila undang-undang Sistem Pendaftaran Pengundi Automatik diperkenalkan dan dilulus termasuk di Oregon, California, West Virginia dan negeri lain.
Di Malaysia, SPR sememangnya telah mempunyai sistem hubungan talian terus dengan Jabatan Pendaftaran Negara, dan secara teknikalnya pendaftaran pengundi automatik adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan segera.
Biarlah kerajaan persekutuan Pakatan Harapan menunjukkan tekad dan azam politik dalam isu ini dengan mengambil suatu langkah lanjut dalam melaksanakan sistem pendaftaran pengundi automatik demi suatu pendemokrasian sistem pentadbiran yang menyeluruh.
Ia merupakan salah satu pembaharuan sistem pentadbiran yang dinanti-nantikan.
* Wong Kah Woh adalah ahli parlimen Ipoh Timur

Cadangan yg bagus..selain memastikan belia 18+ celik bernegara ..yg penting melahirkan semangat patriotik pd negara..semangat ini tidak menidakkan. Pemikiran lepak buang masa golongan muda..krisis matrempit golongan remaja terhakis berdikit..golongan muda akan dtg cepat celik isu semasa kerena info hujung jari..internet.
BalasPadamPendaftaran outomatik boleh dilaksanakan...jgn exited golongan 18 akan terus mengundi..pastinya mereka ramai mula mengundi pd umur 20 keatas...
Dan..sistem outomatik sedikit sukar kerana faktor ketakutan politician, hackers, sistem praktikal..pemalsuan info..kerana generasi yg takut berubah masih ramai di kerajaan..50 60 thn..