Umno gesa kerajaan PH hentikan politik balas dendam
PETALING JAYA: Umno mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH)
menghentikan amalan politik balas dendam dengan menghormati hak dan
kebebasan penjawat awam menyokong parti yang mereka mahu.
Umno melalui Unit Komunikasi Strategiknya berkata, semasa Barisan Nasional (BN) berkuasa, ramai penjawat awam, termasuk anggota tentera menyokong pembangkang.
“Bagaimanapun, BN tidak memaksa mereka menyokong parti pemerintah atau tidak menjadikan mereka mangsa kerana pendirian politik mereka. Rakyat – sama ada dalam perkhidmatan awam atau tidak – mempunyai kebebasan bersekutu dan hak mereka untuk menyokong siapa yang mereka mahukan. Itulah asas demokrasi.
“Kami hanya meminta mereka untuk berkhidmat kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan dan tidak membiarkan politik mengganggu kerja mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jumaat lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sangsi dengan kesetiaan penjawat awam kepada kerajaan PH kerana ada di kalangan mereka yang berkempen untuk BN pada pilihan raya umum 9 Mei lalu dan keadaan itu mengganggu pentadbiran kerajaan baru.
Perdana menteri berkata, penjawat awam sepatutnya neutral dan melaksanakan dasar ditentukan kerajaan baru.
Semalam, Dr Mahathir dilaporkan berkata, sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan, beliau mendapati ramai penjawat awam dihasut untuk tidak berkhidmat kepada negara, tetapi kepada parti politik.
“Kita tidak suka ambil tindakan, tetapi kita tidak boleh benarkan mereka jalankan tugas. Kita perlu cari pengganti kepada mereka. Mungkin pada mereka, mereka dianiaya tetapi ini dilakukan dengan dasar dan undang-undang dalam negara,” katanya sambil menambah ramai pentadbir sanggup melakukan perkara bertentangan undang-undang dan kerajaan tidak boleh bertolak-ansur dengan tindakan itu.
Umno berkata, parti itu memandang serius kenyataan Dr Mahathir minggu lalu yang meragui kesetiaan sesetengah penjawat awam kerana menyokong BN.
Parti itu berharap PH melayani perkhidmatan awam secara adil dan amalan politik balas dendam perlu dihentikan untuk memastikan negara kekal bersatu, maju serta demokratik.
“Kami bimbang ini boleh dianggap sebagai ancaman dan penindasan terhadap perkhidmatan awam dalam cubaan untuk melucutkan hak-hak Perlembagaan dan demokratik penjawat awam untuk kebebasan berpihak dan siapa yang mereka mahu sokong.”
Ahad lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata kerajaan negeri akan mengenal pasti pegawai kerajaan terlibat dalam kempen menyokong BN semasa pilihan raya lalu bagi tindakan lanjut.
Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti individu terbabit, namun tindakan akan dibuat selepas perbincangan dalam mesyuarat yang akan diadakan kelak.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.