Biar Umno tanding PRK tanpa BN, kata Mohamad
SHAH ALAM, 10 Julai — Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan
hari ini mencadangkan agar Umno bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK)
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis atas nama parti itu sendiri
bagi melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap parti itu dalam
senario politik semasa.
Bagaimanapun, katanya berkata keputusan sama ada Umno akan bertanding atas tiket sendiri atau Barisan Nasional (BN) di PRK berkenaan bergantung kepada hasil perbincangan mesyuarat peringkat tertinggi BN.
“Kita perlu bertanding setiap PRK dan ini (PRK Sungai Kandis) akan menjadi latihan kepada Umno untuk berkempen secara pembangkang buat pertama kali,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi anggota panel pada Wacana Sinar Harian berjudul ‘Mampukah BN Bangkit Semula?’ di sini hari ini.
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandang kerusi berkenaan Mat Shuhaimi Shafiei dari PKR, meninggal dunia akibat kanser pada 2 Julai lepas.
Suruhanjaya
Pilihan Raya menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian manakala hari
penamaan calon pula pada 21 Julai ini.
Mohamad berkata PRK DUN Sungai Kandis perlu dilihat sebagai satu langkah dalam usaha mengubah Umno dan BN.
Selain Mohamad, wacana itu menampilkan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. — Bernama
Bagaimanapun, katanya berkata keputusan sama ada Umno akan bertanding atas tiket sendiri atau Barisan Nasional (BN) di PRK berkenaan bergantung kepada hasil perbincangan mesyuarat peringkat tertinggi BN.
“Kita perlu bertanding setiap PRK dan ini (PRK Sungai Kandis) akan menjadi latihan kepada Umno untuk berkempen secara pembangkang buat pertama kali,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi anggota panel pada Wacana Sinar Harian berjudul ‘Mampukah BN Bangkit Semula?’ di sini hari ini.
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandang kerusi berkenaan Mat Shuhaimi Shafiei dari PKR, meninggal dunia akibat kanser pada 2 Julai lepas.
Mohamad berkata PRK DUN Sungai Kandis perlu dilihat sebagai satu langkah dalam usaha mengubah Umno dan BN.
Selain Mohamad, wacana itu menampilkan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. — Bernama



Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.