Tidak turun Sg Kandis, bersiap hadapi PRU15
PAS mengambil keputusan
tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai
Kandis kerana ingin mengkaji terlebih dahulu Hasil Dapatan Jawatankuasa
Post-Mortem PRU 14 PAS Pusat yang sedang disiapkan ekoran tahap
keputusan dalam PRU yang lalu, khususnya di Negeri Selangor. Keputusan
ini turut terpakai dalam PRK Dun Balakong.
Oleh itu, PAS tidak menurunkan
jenteranya dalam PRK Sungai Kandis, namun seluruh jentera PAS akan terus
bergerak sebagaimana biasa dalam mengukuhkan parti pasca PRU14 bagi
membuat persiapan menghadapi PRU15.
Sehubungan dengan itu, ahli-ahli PAS di
Sungai Kandis diarahkan membuat pilihan berpandukan pertimbangan yang
wajar demi kepentingan Islam/Melayu serta masa depan negara dengan
mengambil kira sikap PAS terhadap kerajaan baru PH adalah kekal
sebagaimana sebelum PRU14 lalu.
PAS juga berpandangan suatu amalan demokrasi yang baik (good democratic practice) memerlukan proses semak dan imbang (check and balance) dalam pentadbiran sesebuah kerajaan, termasuklah Kerajaan Selangor. Dengan kata lain peranan Pembangkang adalah amat penting.
“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”
DATO’ TAKIYUDDIN HASSANSetiausaha Agung PAS




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.