Tunai amanah rakyat dengan sempurna
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
SIDANG Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-14 bermula semalam, sebelum ini dinantikan dengan penuh minat oleh segenap lapisan masyarakat kerana ia persidangan pertama menampilkan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan.
Ramai juga dapat menjangka ada sesuatu yang 'menarik' atau ada menggelarnya 'drama' hari pertama persidangan yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) buat kali pertama berada di blok pembangkang selepas lebih 60 tahun memerintah negara.
Jika dilihat keadaan di negeri tertentu sebelum ini yang menyaksikan pertukaran kerajaan, persidangan hari pertama biasanya dipenuhi 'sesi' pertikaman lidah di antara pembangkang dan kerajaan.
Seperti dijangka, persidangan Dewan Rakyat semalam bermula dengan tindakan pembangkang keluar dewan sebagai tanda protes terhadap pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof selaku Speaker.
Menariknya, tindakan hampir keseluruhan Ahli Parlimen BN keluar dari dewan turut disertai wakil rakyat PAS, parti yang sudah sekian lama menjadi pembangkang di tanah air.
'Proses belajar' jadi pembangkang
Ramai yang melihat tindakan Ahli Parlimen BN itu sebagai 'proses belajar' menjadi pembangkang, namun Tun Dr Mahathir Mohamad lebih tajam mengkritik apabila menyifatkan tindakan berkenaan sebagai satu sandiwara.
Daripada 222 kerusi Parlimen, 124 dikuasai PH dengan 50 daripadanya milik PKR, DAP (42), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) (14), Parti Amanah Negara (AMANAH) (11) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) (8).
Di blok pembangkang pula, BN mengetuai dengan 54 kerusi, iaitu 51 milik UMNO, MIC (2) dan MCA (1), manakala PAS memiliki 18 kerusi dan 26 lagi adalah Ahli Parlimen Bebas.
Seramai 220 Ahli Parlimen mengangkat sumpah semalam kecuali Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM-Pagoh) yang bercuti sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pankreas dan Yamani Hafez Musa (BN-Sipitang).
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hadir dengan berbaju Melayu hitam turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pembangkang buat kali pertama dalam sejarah politiknya yang menjangkau lebih 40 tahun.
Persidangan Mesyuarat Penggal Pertama dijadual berlangsung selama 20 hari sehingga 16 Ogos ini.
Berbalik kepada insiden semalam, sesetengah pihak melihat 'kekecohan' awal itu sebagai gambaran politik di Malaysia belum matang, walaupun hampir 61 tahun negara merdeka.
Walaupun memenuhi prosedur operasi standard (SOP) Dewan Rakyat yang membenarkan setiap ahli dewan menghalang pelantikan Speaker mengikut Peraturan Mesyuarat, rakyat sebenarnya sudah tidak berminat dengan gelagat sedemikian.
Manfaatkan sesi Parlimen
Mereka pasti mahu melihat wakil yang dipilih ke dewan berkenaan mengguna dan memanfaatkan sepenuhnya sesi di Parlimen, iaitu institusi paling tinggi sebagai tempat membentang, membahas dan meluluskan undang-undang.
Persidangan kali ini juga lebih segar, menyaksikan gandingan Dr Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz berada di blok kerajaan bersama hampir keseluruhan muka baharu mewakili PH.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula bertukar peranan daripada orang nombor dua dalam kerajaan sebelum ini kepada ketua pembangkang sesuai dengan kedudukannya sebagai Presiden UMNO.
Hakikatnya, tanggungjawab Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bukannya enteng kerana beliau perlu belajar dan membimbing barisan wakil rakyat BN yang lain menjadi pembangkang berwibawa.
Pastinya, situasi semasa di negara kita turut menjadi perhatian dunia, sekali gus memerlukan semua ahli politik yang sudah diberi kepercayaan oleh rakyat menunaikan amanah sebaik-baiknya, bukan kerana kepentingan politik peribadi atau parti.
Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V akan merasmikan serentak persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan kita berdoa dengan harapan semua wakil rakyat di kedua-dua dewan dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.