100 Hari 10 Janji hanyalah bohong besar
Oleh SAIFULLAH JUSOH
BESUT: Ahli Parlimen
Pasir Puteh, Dato' Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan
manifesto 100 hari PH adalah satu pembohongan besar kepada rakyat.
Katanya, rakyat Malaysia sangat berduka
cita apabila 10 janji gabungan itu pada PRU14 lalu tidak dilaksanakan
setelah mereka memenangi dan melepasi tempoh 100 hari dijanjikan.
“Apa yang berlaku ini sangat menyedihkan
kita. Justeru rakyat perlu sedar dan perlu berhati-hati dengan sebuah
kerajaan yang sanggup menabur janji, tetapi mereka tidak mampu
melaksanakannya.
“Bukan sekadar itu sahaja, Kerajaan PH
telah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 10
peratus,” ujarnya sebagaimana dilapor Buletin Online.
Beliau berkata demikian ketika ditemui
di Kompleks Pendidikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (KODIM) Kampung Tok
Has, dekat sini pada kelmarin.
Beliau mendakwa, PH menggambarkan SST
lebih baik berbanding Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetapi
hakikatnya SST lebih parah daripada GST.
“Kerana cukai GST yang dilaksanakan sebelum ini hanya dikenakan 6 peratus sahaja, tetapi SST ialah 10 peratus.
“Kita mengharapkan rakyat memahami dan
menyedari bahawa sistem cukai SST ini tidak rasional untuk dilaksanakan
di negara kita,” jelas beliau.
Disamping itu katanya, janji untuk
menghapuskan tol, menurunkan harga minyak dan banyak lagi yang lain juga
gagal dilaksanakan Kerajaan PH.
Justeru itu, beliau menggesa rakyat agar
menolak Kerajaan PH dalam PRU yang akan datang kerana sangat tidak
rasional dalam perancangan dan tindakan.
“Jika diizinkan PAS memerintah Malaysia,
in shaa Allah kita dapat laksanakan perkara yang jauh lebih daripada
apa dijanjikan oleh Kerajaan PH.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.