Janji 100 hari hanya helah PH
Oleh NUR HASMIRA MOHAMAD
KUALA LUMPUR: Ahli
Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata janji 100 hari
pemerintahan Pakatan Harapan (PH) hanya helah daripada kerajaan
semata-mata agar rakyat lalai dan alpa.
Beliau yang memuatnaik status dalam siri
Teh Halia Tarik (17) dalam akaun facebook miliknya hari ini menegaskan
kerajaan yang baik ialah kerajaan yang mahukan rakyatnya sentiasa
prihatin, cakna dan celik dalam politik.
"Kamu sendiri pun setiap hari makan politik, tidur politik, main politik malah jamban pun hancing politik.
"Apa sebab kamu meremehkan 100 hari? 100
hari bukan untuk semata-mata menghentam! Bahkan ia juga untuk pujian
dan sokongan," tulisnya.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini pernah berkata tempoh lima tahun tidak cukup untuk memperbaiki kerosakan yang ditinggalkan oleh pemerintahan BN.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini pernah berkata tempoh lima tahun tidak cukup untuk memperbaiki kerosakan yang ditinggalkan oleh pemerintahan BN.
Malah, timbalannya, Dato’ Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail pula berkata PH tidak perlu minta maaf di atas
kegagalan menunaikan janji yang terkandung di dalam manifesto Harapan.
"Bukankah kamu amat berbangga dalam 100
hari berjaya mansuhkan GST dan tangkap ‘The Aquanimity’ lalu menagih
pujian segera daripada rakyat?"
"Teruskan menilai dan memutuskan hari
ini untuk hari ini. Hari esok belum pun hadir untuk dinilai. Jika kita
leka dan lalai hari ini, esok belum tentu kita boleh segera sedar dan
jaga.
“Kesedaran dipupuk lama. Ia bukan boleh hadir seperti membuat kejutan hutang negara berjumalah 1 trilion,” tambah Nik Abduh.
Beliau turut memetik maksud ayat
al-Quran: "Katakanlah, tunggulah (kamu semua). Sesungguhnya aku juga
bersama-sama kamu termasuk daripada kalangan mereka yang menunggu".





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.