Arak ‘beracun’
Oleh Mohamad Azharudin Ali
8 September 2018, Lembah Klang digemparkan dengan kes keracunan arak sehingga menyebabkan 19 orang meninggal dan 32 yang lain dalam pantauan hospital di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
8 September 2018, Lembah Klang digemparkan dengan kes keracunan arak sehingga menyebabkan 19 orang meninggal dan 32 yang lain dalam pantauan hospital di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM), kes ini akan disiasat bagi memastikan pengilang dan pengedar
mematuhi piawaian yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 untuk
mengelakkan campuran secara haram yang mengakibatkan keracunan metanol.
Islam memandang serius isu pengambilan
arak terutamanya dalam kalangan Muslim demi menjaga kewarasan akal
fikiran dan menjaga kesihatan tubuh badan yang boleh menyebabkan
kerosakan organ tubuh badan, meruntuhkan institusi kekeluargaan bahkan
mengancam keselamatan umum.
Demi menjaga nilai moral dan tatatusila
yang bersesuaian dengan adat kehendak terutamanya rakyat Malaysia, Islam
mengharamkan setiap perkara yang berkaitan dengan arak seperti yang
dijelaskan bersesuaian dengan hadis daripada Anas bin Malik R.A yang
bermaksud: "Rasulullah S.A.W melaknat dalam isu arak ini 10
golongan: Pemerah anggur (untuk arak), orang yang minta diperahkan,
peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang
menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang
yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya". [Hadis riwayat Imam Al-Tirmidzi (1296) dalam Sunan]
Pemuda PAS Batu melihat perkara ini
mesti dipandang secara serius dan aktiviti pengawalan pengambilan arak
mestilah dikuatkuasakan oleh pihak berautoriti secara lebih telus dan
menyeluruh dengan melibatkan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan
yang berkaitan.
Kewajaran pengawalan arak bukan lagi
hanya untuk Muslim, bahkan di kalangan non-Muslim juga. Ia juga mestilah
tidak dipolitikkan sekiranya kita serius ingin menyelesaikan masalah
moral dalam kalangan rakyat Malaysia.
Berwaspadalah, kerana arak yang tidak beracun juga adalah racun masyarakat
Penulis ialah Naib Ketua Pemuda PAS Batu.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.