Bahana kemasyhuran terhadap agamawan
Oleh MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
BAHAYANYA Abdullah Ubai kerana merosak dari dalam, bahayanya ar-Rajal bin Unfuwah kerana terjun ke seberang.
Abu Hurairah pernah menyebutkan:
"Fitnah ar-Rajal jauh lebih bahaya daripada fitnah Musailamah al-Kazzab."
Musailamah mendakwa dirinya Nabi selepas
pulang dari bertemu dengan Nabi S.A.W. Manakala ar-Rajal pula terpesona
dengan kemasyhuran dan ramainya pengikut Musailamah, walhal beliau
diutus untuk mengajar rakyat Yamamah akan Islam.
Akibat perasaan mahukan kemasyhuran dan
ramai pengikut, ar-Rajal menggadaikan imannya. Lalu beroleh kesenangan
dan jawatan. Itulah bahayanya kebendaan dan cintakan kemasyhuran
terutama agamawan, hanya mahu menjaga periuk nasi sendiri, iman menjadi
taruhan.
Dr Raghib Sarjani menyebutkan, hari
ar-Rajal isytihar bersama Musailamah, hampir 40 ribu umat Islam murtad.
Dengan alasan yang ampuh, bahawa ar-Rajal diutus Nabi S.A.W ke Qabilah
Hanifah untuk memperakui bahawa Musailamah adalah sejawat dengan
Muhammad! (Iaitu Nabi). Sebab itu apabila agamawan kecundang, ramailah
umat Islam yang keliru akan mengikut di belakangnya.
Sebab itu jugalah
kemurkaan Allah terhadap Ahli Kitab yang mengetahui kandungan Taurat,
Injil dan Nabi akhir zaman, namun mereka menyeleweng demi sesuap nasi:
فَوَيْلٌ
لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَٰذَا
مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۖ فَوَيْلٌ
لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ
[al-Baqarah 79]
Orang yang memang sesat seumpama
Musailamah, nyata ia menyulitkan kerja dakwah, namun apabila agamawan
pula menyebelahi kesesatan, nyata ia lebih menyulitkan kerja dakwah!





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.