https://critoxium.com/shop/

Terkini

Demi Melayu Kuala Lumpur, Syed Ali Al-Habshee keluar Umno

KUALA LUMPUR,  — Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee hari ini mengumumkan keluar Umno.

Bekas setiausaha Umno Wilayah Persekutuan berkata keputusan dibuat demi menjaga survival orang Melayu di Kuala Lumpur, lapor Sinar Harian.

“Secara rasminya saya nak beritahu bahawasanya saya ambil keputusan yang berat untuk saya umumkan di sini saya keluar daripada Umno,” katanya di Dewan Pusat Rekreasi di sini.

Syed Ali bersama pemimpin Umno dan anak bekas pemimpin PAS hadir sambutan ulang tahun ketiga Parti Amanah Negara (Amanah) di Temerloh kelmarin.

Tidak bertanding pilihan raya umum lalu, Syed Ali keluar Umno selepas Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman berbuat demikian minggu lalu.

Perhimpunan Agung Umno (PAU) bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 29 dan 30 September ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.