https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tiada tanah dekat stesen ECRL diberi percuma pada kontraktor China,

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menolak dakwaan tanah seluas 4,500 ekar di sepanjang Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan diberikan secara percuma kepada China Communications Construction Company Ltd (CCCC).

Beliau menjawab dakwaan blogger, Raja Petra Kamarudin, CCCC diberikan tanah seluas kira-kira 4,500 ekar di 7 taman perindustrian berbeza berhampiran stesen ECRL untuk “potongan” RM21.5 bilion.

ECRL disambung semula dengan perjanjian tambahan dimeterai pada harga RM44 bilion berbanding RM65.5 bilion sebelum, penjimatan sebanyak RM21.5 bilion.

“Saya tidak dimaklumkan mengenai 4,500 ekar diberikan secara percuma. Saya tidak fikir itu betul. Melihat kepada kontrak, jika terdapat apa-apa tambahan, ia perlu melalui Kabinet.
“Setakat ini, kami tidak dimaklumkan mengenai apa-apa tambahan 4,500 ekar diberikan secara percuma. Saya tidak fikir begitu,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian bagi Program Kerjasama Industri antara kerajaan Malaysia dan Konsortium Bombardier Hartasuma di Kementerian Kewangan hari ini.

Lim berkata, butiran kontrak rasmi akan didedahkan.

“Setakat yang saya tahu, ia tidak diberikan secara percuma. Jika anda melihat TOD (pembangunan berorientasikan transit), maka ia bukan percuma. TOD ialah kaedah standard untuk semua projek infrastruktur.”

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.