Putrajaya akan bayar hutang 1MDB, kata Guan Eng
PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi jaminan kerajaan akan menunaikan semua tanggungjawab hutang berkaitan 1MDB.
Katanya pada majlis menandatangani perjanjian Program Kerjasama Industri antara Putrajaya dan Konsortium Bombardier Hartasuma di sini, hari ini.
Lebih RM30 bilion hutang 1MDB, sebahagiannya bon jaminan kerajaan yang Pakatan Harapan warisi daripada pentadbiran Barisan Nasional, dikatakan membebankan tabung negara, ketika perbelanjaan awam diperlukan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.
Lim bagaimanapun enggan menjawab sama ada pemegang bon 1MDB, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP dan Lembaga Tabung Haji akan ditukar kepada ekuiti dalam projek Bandar Malaysia.
“Kerajaan akan melunaskan semua obligasi hutang 1MDB,” katanya tanpa memberi maklumat lanjut.
Bon 1MDB yang mencecah RM24 bilion, dipercayai dipegang pelabur asing. Pengeluaran nota hutang berjumlah AS$6.5 bilion, dibuat atas nasihat Goldman Sachs.
Sukuk Islam yang dipegang KWAP dan TH dikeluarkan Februari 2014 untuk mengumpul dana bagi pembangunan Bandar Malaysia. Nota hutang dikeluarkan dalam 2 bahagian yang menjana pulangan 5.85% dan 6.05%, masing-masing untuk 7 dan 10 tahun.
Mengikut jadual bayaran faedah dan pokok untuk hutang 1MDB dikeluarkan Kementerian Kewangan antara Mac dan Mei tahun lalu, kementerian itu membayar faedah sebanyak RM1.26 bilion bagi pihak 1MDB.
Faedah sebanyak RM810.2 juta perlu dibayar dalam 3 bulan antara September dan November tahun lalu. Keseluruhannya, RM2 bilion diperlukan untuk membayar hutang 1MDB, tidak termasuk bayaran pokok.
Bayaran faedah sama dijangkakan untuk tahun ini dan seterusnya, jika hutang itu tidak distrukturkan semula.
KWAP melanggan sukuk 1MDB bernilai RM1.4 bilion. Tambahan, KWAP memberi pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB untuk membeli sebuah syarikat perlombongan di Mongolia.
Bekas perdana menteri, Najib Razak kini dibicara atas dakwaan penyalahgunaan dana SRC International.
TH dilaporkan memegang bon kira-kira RM920 juta dalam pembangunan hartanah 1MDB di Bandar Malaysia. TH juga turut membeli 0.63 hektar tanah daripada 1MDB di Tun Razak Exchange.
Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan keputusan menjual 60% pegangan ekuitinya dalam projek Bandar Malaysia kepada IWH-CREC Sdn Bhd pada harga RM7.41 bilion, dalam perjanjian yang pembelinya bersetuju membayar pendahuluan RM1.24 bilion dalam tempoh 2 bulan.
Baki 40% kini dipegang TRX City.
IWH-CREC ialah syarikat usaha sama 60:40 antara Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dengan syarikat kerajaan, China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd (CREC).
Ahli perniagaan, Lim Kang Hoo mempunyai 63% saham dalam IWH, sementara Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd memiliki baki 37%.
Terdahulu, 1MDB mengumpul dana untuk pembangunan besar-besaran Bandar Malaysia yang meliputi tanah seluas 236 hektar di Sungai Besi yang dahulunya merupakan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.