Erti kemenangan Jokowi pada politik Malaysia
Oleh Zin Mahmud
Walaupun keputusan rasmi belum dikeluarkan tetapi ternyata Presiden Joko Widodo (Jokowi) dapat mengalahkan pencabarnya, Prabowo Subianto dalam satu persaingan paling sengit dan hangat dalam sejarah Indonesia.
Apa yang menjadikan sengit ialah peratusan undi yang diperoleh Jokowi iaitu lebih 50% adalah tidak jauh daripada 40% yang didapati oleh Prabowo. Walaupun dengan banyaknya pengundi Indonesia, peratus yang sedikit pun dapat diterjemahkan kepada bilangan undi yang amat besar. Namun Jokowi tetap mendahului Prabowo dalam perhitungan cepat sementara. Tetapi seperti pilihan raya presiden dahulu iaitu pada 2014 ketika peringkat sama, Prabowo juga belum menerima kekalahan.
Sementara apa yang disebut sebagai hangat pula ialah kempen antara keduanya yang menggunakan isu agama. Prabowo diketengahkan sebagai calon yang kuat membela Islam, sementara Jokowi digambarkan sebagai mewakili golongan rakyat Indonesia yang kurang dari segi keagamaan Islam. Maka kempen ini menjadi emosional kerana ia menyentuh sensitiviti agama.
Seperti juga dalam sejarah, apa yang berlaku di Indonesia akan turut memberi kesan pada politik Malaysia. Sebelum British dan Belanda membahagi-bahagikan nusantara ini kepada wilayah yang akhirnya menjadi Indonesia dan Malaysia, sejarah kedua tanah ini adalah satu. Kerajaan Sri Wijaya dan Melaka merentas kedua-dua wilayah. Begitu juga dengan kerajaan Majapahit, Aceh dan yang lain-lain.
Malah semasa pendudukan Jepun, pentadbiran Sumatera dan Malaya (tanpa
negeri-negeri utara yang diserahkan pada Siam) adalah juga disatukan.
Ketika berlaku Revolusi Indonesia, pihak British di Malaya membantu
Belanda. Sementara nasionalis Malaya turut bergabung dengan pihak
Indonesia.
Perjuangan kemerdekaan Indonesia mempengaruhi gerakan nasionalis Malaya yang pada awalnya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini dan juga pewarisnya, Parti Rakyat Malaya (PRM) mengambil inspirasi daripada Parti Nasional Indonesia (PNI) yang diasaskan oleh Sukarno. Parti Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi) pula memberi inspirasi kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Walaupun Konfrontasi mempertembungkan kedua negara, tetapi selepas itu, Malaysia turut mengambil inspirasi daripada Indonesia. Kalau Indonesia memiliki Pancasila, maka Malaysia menggubal Rukun Negara.
Apabila gerakan Reformasi muncul di Indonesia pada 1997, pendokong Anwar Ibrahim juga menamakan perjuangan mereka menentang Dr Mahathir Mohamad sebagai Reformasi.
Selepas Reformasi di Indonesia, muncul banyak parti baru. Antaranya Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dan Parti Amanat Nasional (PAN), kedua-duanya berorientasikan Islam.
Di Malaysia, sama ada kebetulan atau tidak, parti yang mendokong Anwar bernama Parti Keadilan Nasional, yang kemudian menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Apabila PAS berpisah dengan PKR, parti pecahannya mengambil nama Parti Amanah Negara.
Jokowi bertanding buat pertama kalinya bagi jawatan presiden adalah pada 2014. Pesaingnya adalah Prabowo juga. Parti-parti yang dianggap berorientasi Islam seperti PAN, PKS, Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan Parti Bulan Bintang (PBB) mendokong Prabowo. Sementara beliau sendiri adalah dari Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), sebuah parti nasionalis kanan. Calon Naib Presiden ketika itu, Hatta Rajasa adalah dari PAN.
Sementara Jokowi yang merupakan calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), sebuah parti nasionalis kiri disokong oleh Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), sebuah parti berorientasi agama dengan anggotanya secara umum dari pertubuhan Nahdlatul Ulama (NU). Pertubuhan ini mewakili fahaman Islam tradisional Indonesia yang disebut sebagai Islam Nusantara. Ia kini dianggap sebagai golongan Islam sederhana dan terbuka.
Pesaing NU adalah Muhammadiyah, yang secara tradisinya merupakan pertubuhan reformis agama. Parti politiknya diwakili oleh PAN. Sementara PKS dianggap sebagai Islamis kontemporari. PBB dan PPP dianggap sebagai pewaris Masyumi, iaitu Islamis tradisi.
PAS dan Amanah sebagai parti Islamis adalah hampir dengan PKS. Tetapi dalam persaingan antara Jokowi dan Prabowo, dapat dirasakan PAS cenderong pada Prabowo sementara aktivis Amanah antaranya condong pada Jokowi.
Di Malaysia pada 2014, PAS masih bersama dengan PKR dalam Pakatan Rakyat dalam usahanya menentang Barisan Nasional. PAS dianggap sebagai parti Islamis sementara Anwar menggayakan dirinya sebagai Demokrat Muslim. Anwar mempunyai hubungan baik dengan tokoh PAN, Amien Rais. Maka PKR dilihat lebih rapat dengan PAN. Tetapi sekali lagi, seperti Amanah, PKR yang menganggotai Pakatan Harapan kemudiannya adalah lebih hampir pada pendekatan Jokowi, daripada Prabowo.
Mulai 2015, keadaan mula berubah. PAS menolak kerjasama dengan DAP dan PKR akhirnya membawa kepada keruntuhan Pakatan Rakyat. Sebaliknya PAS kelihatan mesra dengan Umno. Golongan PAS yang mendokong kerjasama dengan PKR dan DAP menubuhkan Amanah, yang akhirnya mebawa kepada penubuhan Pakatan Harapan.
Di Indonesia, setelah Jokowi menang pada 2014, pihak Prabowo mengatur semula strategi untuk pertandingan pilihan raya presiden pada 2019. Strategi mengemukakan isu agama digunakan oleh parti yang menentang Jokowi dalam pilihan raya Gabenor Jakarta pada 2017. Calon yang didokong PDIP ialah Basuki Tjahaya Purnama atau Ahok dan beliau, yang merupakan bukan Islam menjadi sasaran kempen berbentuk agama. Apabila Ahok kalah, maka dilihat strategi ini berjaya dan digunakan terus untuk mengalahkan Jokowi.
Di Malaysia, PH dikukuhkan oleh penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan Dr Mahathir Mohamad. Aktivis PAS dan Umno menjadikan DAP sebagai sasarannya dalam kempen yang turut bernada isu agama. BN dan PAS berjaya menghalang kemenangan PH di pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 2016.
Maka menjelang pilihan raya umum 2018, isu agama juga dimainkan penyokong Umno dan PAS tetapi gagal menghalang kemenangan PH. Mereka menggambarkan Amanah adalah boneka DAP. Tetapi kempen itu tidaklah sehebat selepas BN kalah pada 9 Mei.
Apabila kerajaan PH dibentuk dengan pemimpin DAP mendapat tempat dalam Kabinet, maka kempen bernada kaum dan agama bertambah sengit. Lebih-lebih lagi apabila PAS secara rasmi bekerjasama dengan Umno. Kemuncaknya adalah perhimpunan bersama membantah ICERD. Dalam PRK, isu bernada kaum dan agama terus dimainkan. Ia mendatangkan hasil dengan BN menang di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.
Di Indonesia, menjelang pilihan raya presiden pada 17 April lalu, kempen bernada agama bertambah jelas. Bagi mengimbangi keadaan ini Jokowi mengambil Rais Am atau Ketua Umum NU, Maaruf Amin sebagai regunya untuk jawatan naib presiden. Bukan itu saja, parti berasas Islam, PPP dan PBB yang pada 2014 mendokong Prabowo beralih ke Jokowi.
Menjelang pilihan raya presiden itu, kempen hangat dari pihak Prabowo menimbulkan rasa politik populis agama tidak boleh dikalahkan. Prabowo boleh mengalahkan Jokowi. Jika trend ini berterusan bukan saja di Indonesia, tetapi juga di seluruh dunia, bukan saja dalam kalangan umat Islam, tetapi di seluruh umat beragama, gandingan Umno-PAS yang menggunakan isu keagaaan boleh mengalahkan PH dalam PRU15.
Tetapi kejayaan Jokowi menunjukkan kempen bernada agama tidak semestinya membawa kemenangan. Kemenangan ini membawa harapan pada PH. Tetapi umat Islam Indonesia tidak sama dengan Malaysia. Umat Islam Malaysia lebih konservatif. Di Indonesia, NU yang merupakan pertubuhan Islam konservatif mempunyai sifat keterbukaan dan dinaise yang lebih berbanding golongan yang selama ini dianggap sebagai modenis dan refomis.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.