https://critoxium.com/shop/

Terkini

Ketahui Macam Mana Najib ,Mengawal Media Massa

Oleh Mohd Sayuti Omar

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini didedahkan bagaimana sebuah syarikat yang bertindak membuat analisa dan pemantauan enam buat surat khabar Cina untuk pejabat Perdana Menteri (PMO), di era Najib Razak menerima bayaran RM300,000 sebulan sebagai bayaran perkhidmatan itu.

Wang RM300,000 itu ada kaitan dengan wang daripada SRC International yang dikaitkan sebagai wang 1MDB.

Perkara ini terdedah apabila mahkamah mendengar keterangan saksi ke 14 pendakwa dalam perbicaraan kes Najib terbabit dengan penyalahgunaan wang SRC International.

Saksi berkenaan, Rita Sam yang juga pengarah Centre for Stategic Engagement Sdn Bdh (Cense) memberi tahu hasil analisa itu dihantar kepada pejabat PM secara berkala, harian, mingguan dan bulan menerusi whatsap dan email.

Pendedahan ini jelas menunjukkan Najib sanggup membayar sebanyak itu hanya untuk mendapat analisa dan semakan daripada enam buah surat khabar Cina berkaitan komuniti Cina demi kepentingan politiknya.

Akhbar Cina yang dianalisa oleh syarikat berkenaan ialah, Sin Chew, Nanyang Siang Pau, China Press, Guan Ming Daily, Kwong Jit Poh dan Orental Daily.

Apa boleh dipelajari daripada apa yang berlaku ini bahawa Najib sepanjang beliau memerintah mengambil peduli kepada laporan media massa dan ia perlu disemak dan analisa hatta terpaksa membayar ratusan ribu ringgit. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.