Isu MARA bukti k'jaan perlukan pembangkang yang konstruktif
Oleh NORAINI AHMAD
Alhamdulillah, syukurlah akhirnya kerajaan Pakatan Harapan semalam akur dan memperakui keprihatinan yang dibangkitkan oleh wakil-wakil parlimen daripada pembangkang yang berkeras menolak agar fungsi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dipecah-pecahkan kepada beberapa kementerian sebelum ini.
Ini sekali gus membuktikan kerajaan, khususnya parti-parti yang berteraskan Melayu dalam HARAPAN masih memerlukan pembangkang yang dinamik dan konstruktif untuk memperjuangkan institusi-institusi yang berpaksikan orang Melayu dan Bumiputera untuk terus dibela dan dipertahankan status quonya.
Mengambil kira pengakuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa barisan kabinet beliau kurang pengalaman memandangkan ramai menteri yang baru, maka barisan wakil-wakil pembangkang bersedia `mengurangkan kebimbangan’ ini dengan memastikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dalam segmen-segmen tertentu dan dijamin dalam kontrak sosial dan perlembagaan terus dijaga dan terpelihara.
Mengalu-alukan keputusan kerajaan tidak meracik-racikkan MARA, Wanita Umno percaya kerajaan HARAPAN pimpinan Dr Mahathir amat menyedari bahawa sebarang perpecahan MARA akan menganggu-gugat ekonomi dan pendidikan orang Melayu serta melanggar Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 yang membawa kepada penubuhan MARA sebagai sebuah badan berkanun.
Memperkasakan MARA seperti yang dijanjikan di dalam manifesto HARAPAN tempoh hari tidak bermakna MARA harus `dijadikan modal politik’ kerana selama ini ia sudah terbukti memiliki misi, visi dan objektif yang jelas iaitu membangunkan usahawan berjaya serta inovatif, selain melahirkan modal insan global dan berintegriti.
Gusar MARA diracik-racik
Inilah yang disedari oleh pimpinan Dr. Mahathir, sekali gus barangkali tidak `tunduk pada tekanan pihak-pihak tertentu’ lantas berfikir semula untuk meletakkan semula MARA di bawah kawalan cuma sebuah kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Kerajaan pastinya gusar seandainya MARA `diracik-racik’ memandangkan sejak sekian lama dari aspek keusahawanan, MARA sentiasa memberi bantuan kepada usahawan-usahawan dengan bantuan kewangan, latihan kemahiran dan juga dari segi pembangunan infrastruktur. Melalui Pelan Strategik MARA 2011-2015 misalnya, MARA telah mendidik lebih 80,000 usahawan ke arah kejayaan.
MARA juga telah memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan melalui pendidikan.
Buktinya, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan pendidikan tertiari seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), German Malaysia Institute (GMI), MARA-Japan Industrial Institute (MJII), GiatMARA dan kolej MARA telah melahirkan banyak tenaga kerja, pakar industri dan profesional.
Juarai agenda Bumiputera
Demikian jugalah dalam aspek pelaburan di mana MARA terus cemerlang dalam mendukung ekonomi Melayu, Bumiputera dan negara melalui penubuhan anak syarikat untuk menjana kewangan mampan.
Anak syarikat MARA Liner Sdn Bhd, misalnya menjadi jalinan perhubungan antara bandar dan luar bandar, MARA Incorporated Sdn Bhd, bertanggungjawab menjaga sektor hartanah, pelaburan dan pengurusan aset melalui Pelaburan MARA Berhad serta Aerospace City sebagai platform kepada pemain industri seluruh dunia mengembangkan perniagaan aeroangkasa di Asia. Ini adalah bukti usaha MARA untuk terus menjuarai agenda Bumiputera.
Visi MARA untuk menerajui aspirasi Melayu dan Bumiputera menjadi kuasa besar dalam bidang keusahawanan, pendidikan, pelaburan dan pemilikan ekuiti seharusnya terus disokong oleh kerajaan hari ini.
Justeru, Wanita Umno berharap MARA tidak lagi diganggu atau digunakan sebagai `senjata politik'.
Mengembalikan MARA pada status quonya seperti mana ditegaskan oleh Dr Mahathir semalam bermakna inilah kaedah yang betul bagaimana MARA perlu diperkasakan lagi demi memastikan ia terus memainkan peranannya untuk membantu Melayu dan Bumiputera.
DATUK DR NORAINI AHMAD ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.