310,000 bukan jumlah sebenar gay di Malaysia
Oleh Mohd Izwan Md Yusof
Merujuk kepada kenyataan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam berkenaan anggaran populasi gay di negara ini seramai 310,000, adalah angka yang masih “prelim” iaitu belum muktamad oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagaimana yang dipetik.
Gay menurut definisi oleh Blanch Consulting, adalah lelaki yang memiliki ketertarikan sesama jenis dari sudut seksual, romantik dan fizikal.
Sehubungan itu, seseorang yang dilabel gay, tidak semestinya melakukan hubungan sesama jenis sama ada homoseksual atau liwat. Golongan ini baru dianggap memiliki “same sex attraction” iaitu ketertarikan sesama jenis.
Justeru, Jakim komited untuk terus melakukan usaha penerangan dan bimbingan melalui seminar dan program mukhayyam dalam memberikan intervensi kerohanian kepada komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang ingin mendapatkan bimbingan.
Pada waktu yang sama, Jakim menyeru kepada masyarakat agar sama-sama
mengukuhkan institusi kekeluargaan dan memantau perilaku anak-anak agar
diberikan didikan dan penghayatan agama sebaik mungkin.
Mohd Izwan Md Yusof ialah penolong pengarah kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim.
Merujuk kepada kenyataan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam berkenaan anggaran populasi gay di negara ini seramai 310,000, adalah angka yang masih “prelim” iaitu belum muktamad oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagaimana yang dipetik.
Gay menurut definisi oleh Blanch Consulting, adalah lelaki yang memiliki ketertarikan sesama jenis dari sudut seksual, romantik dan fizikal.
Sehubungan itu, seseorang yang dilabel gay, tidak semestinya melakukan hubungan sesama jenis sama ada homoseksual atau liwat. Golongan ini baru dianggap memiliki “same sex attraction” iaitu ketertarikan sesama jenis.
Justeru, Jakim komited untuk terus melakukan usaha penerangan dan bimbingan melalui seminar dan program mukhayyam dalam memberikan intervensi kerohanian kepada komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang ingin mendapatkan bimbingan.
Mohd Izwan Md Yusof ialah penolong pengarah kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.