Belajar di barat, hantar anak sekolah agama
Oleh Fuad Ahmad
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata budaya yang dibawa oleh Barat akan meruntuhkan manusia.
Beliau berkata, di negara-negara maju,
jenayah berlaku setiap minit, terpengaruh dengan dadah, anak tidak
mempedulikan bapa sehinggakan orang kaya menulis wasiat kepada anjing
peliharaan.
"Ini keluar dalam surat khabar. Tulis
surat wasiat ke anjing sebab anjing jaga dia, anak tinggal rumah, tak
ambil peduli,” katanya pada Majlis Perasmian Madrasah Darul Ulum dan
Pusat Tarbiah Qaryah Chendering, semalam.
Ahli Parlimen Marang itu menambah, Barat
meninggalkan aspek rohani dan akhlak sebaliknya hanya menumpukan kepada
sains dan teknologi sehingga dicipta senjata yang boleh membunuh
manusia.
Beliau memberikan contoh bom atom ketika Perang Dunia Kedua di Hiroshima dan Nagasaki yang membunuh beratus ribu manusia.
Katanya, disebabkan budaya buruk itu
maka cerdik pandai termasuk yang belajar di Barat mencari sekolah agama
untuk memperkenalkan anak mereka dengan pengajian agama fardhu ain.
Menurut beliau, sekolah agama pada hari
ini tidak mencukupi disebabkan ramai di kalangan masyarakat yang
menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama untuk mendalami asas agama
"Tujuan kita mengadakan madrasah, mengadakan sekolah seperti ini ialah untuk memberi ilmu-ilmu asas kepada anak-anak kita.
"Lepas tu dia masuk sekolah dalam
keadaan ada jati diri, ada kekuatan, ada sahsiah, sifat peribadi yang
tinggi tak terpengaruh dengan gejala-gejala sosial yang berlaku pada
hari ini," ujar beliau lagi.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.