Lima tempat menarik di Thailand yang anda boleh kunjungi
SEBUT sahaja Thailand,
pasti ramai antara kita akan teringatkan makanan yang sedap,
membeli-belah dengan harga murah dan keindahan pulau di Phuket dan
Krabi.
Tetatpi sebenarnya, ada lagi tempat yang anda belum terokai sepenuhnya lagi.
Thailand juga ada taman bunga Sakura macam di Jepun dan kota strawberi berkonsepkan The Hobbit House.
Jadi kami kongsikan lima tempat menarik buat 'bagpackers'.
Sakura Thailand
Lepas ini tak perlu susah nak ke Jepun semata-mata nak bergambar dengan bunga Sakura sebab di Thailand juga ada taman bunga Sakura. Sakura Thailand ini terletak di Bukit Doi Chaang, Doi Wawee dan Doi Mae Salong di wilayah utara Chiang Rai.
Masa yang terbaik untuk anda ke sana adalah pada musim bunga sekitar pertengahan bulan Januari, setiap tahun.
Macam mana kalau anda nak ke sana? Mudah saja, sebaik saja tiba di Chiang Rai anda perlu mencari landmark Universiti of Chiang Mai, Chiang Mai Zoo atau tugu Khruba Siwichai.
Di situ anda akan melihat keindahan bunga Sakura sepanjang perjalanan ke Wat Phrathat Doi Suthep.
Anda juga akan menikmati keindahan semulajadi kawasan bukit dan dapat menghirup udara segar bagaikan berada di Jepun!
The white temple
Wat Rong Khun atau lebih dikenali sebagai The White Temple terletak di wilayah Chiang Rai utara negara gajah putih ini.
Seni bina wat putih ini sangat unik dan mempunyai maksud tertentu. Ramai pelancong dari luar negara tidak terlepas peluang untuk bergambar di sini.
Untuk pengetahuan anda, setiap struktur seni bina wat ini mempunyai simbolik terhadap konsep kehidupan semula.
Di mana sebatang jambatan menghubungkan jalan masuk ke dalam wat dipanggil ‘The cycle of rebirth' dan pelancong perlu berjalan merentasi sebuah tasik kecil yang dianggap neraka.
Sebuah pintu gerbang yang terdapat di halaman wat dipanggil pintu syurga.
Pintu ini juga dijaga oleh dua makhluk mewakili kematian dan rahu dalam menentukan nasib si mati.
Di dalam bangunan wat yang besar ini terdapat sebuah dinding emas mewakili kekayaan, wang dan harta.
Taman bunga diraja
Royal Flora Ratchaphruek telah dibuka untuk orang awam dan pelancong sejak 1 November 2016 lagi.
Malah, ramai antara kita tidak tahu Royal Flora ini dibina bagi menghormati Raja Bhumibol yang telah lama memerintah Thailand. Ianya terletak di daerah Chiang Mai.
Anda juga boleh menikmati keindahan flora yang cantik dari 2,200 spesis tumbuhan dan menghirup udara segar di atas bukit.
Pemandangan di sini juga cantik pada waktu malam ditemani kicauan burung yang sangat menenangkan.
The Hobbit di Bann Suan Noi
Jika anda ingin merasai pengalaman seperti berada di set The Hobbit, anda boleh saja ke Bann Suan Noi yang terletak di wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand.
Bann Suan Noi merupakan resort diciptakan khas buat pelancong yang datang ke sini untuk menikmati dan merasai sendiri pengalaman berada dalam filem The Hobbit.
Hampir 98 peratus resort ini berkonsepkan filem The Lord of The Ring itu.
Terdapat pelbagai jenis bilik untuk anda yang ingin bermalam. Semua rekaan bilik itu adalah diilhamkan dari filem tersebut.
Bandar strawberi seperti di Belanda
Strawberry Town Rayong sebuah taman dan bangunan berkonsepkan Belanda.
Jadi, anda sudah tidak lagi perlu terbang ke Belanda. Wilayah Rayong kaya dengan kemanisan buah strawberi bersaiz besar.
Sekali gigit terasa nikmat strawberi. Apa yang menarik lagi adalah hampir 99 peratus taman ini dihiasi cafe, resort dan restoran Belanda.
Bukan itu saja, Strawberry Town Rayong juga ada taman rekreasi termasuk Holland Village, Town Centre, Amazon Trail, Uncle Sam’s Farm, Adventure Land, Fountains of Season, dewan muzik serta banyak lagi.
Sumber: Travel MThai

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.