Mengalahkan Anwar seperti mengalahkan Jalut
Oleh SUBKY LATIF
AURA dan kehebatan Anwar Ibrahim sekarang mungkin mengalahkan aura mendiang Jeneral Jalut di zaman Bani Israil dulu. Tiada yang menyangkan dia boleh dikalah. Seperti tiada makhluk manusia boleh mengalahkan Abrahah yang hendak meruntuhkan Kaabah di Tahun Gajah dulu.
Apa lagi antara tentera Thalut melanggar disiplin. Thalut melarang mereka minum air sungai lebih dari seteguk. Mereka minum sepuas-puasnya. Gara-garanya mereka tidak lalu berperang.
Tetapi Thalut membawa kanak-kanak Daud. Semua tidak berani menentang Jalut, Daud minta kebenaran menentang Jalut satu lawan satu. Mana mungkin kanak-kanak berhingus boleh mengalahkan Jalut yang gagah perkasa? Tetapi Daud melepaskan satu lastik, pecah kepala Jalut.
PAS dan lain-lain calon tidak membawa Nabi Daud dalam PRK Port Dickson pada 13 Oktober ini. Justerunya sukar meramalkan Anwar boleh dikalahkan. Anwar hanya boleh dikalah jika PAS membawa Daud.
Itulah tamsil politik yang kita dapat agak tentang pencalonan Anwar pada PRK itu. Saya tidak meletakkan Anwar dan Pakatan Harapannya setempat dengan tempat Jalut, pada sifir politik demokrasi zaman ini demikanlah perkasanya aura Anwar payah dikalahkan apa lagi dia memilih medan yang lebat penyokong partinya dalam PRU lima bulan lalu.
Jika dia ditakdirkan kalah, ertinya ada elemen Daud dan lastiknya dalam PRK Port Dickson dalam penentangan terhadap Anwar dan PM Mahathir.
Sekalipun semua bacaan politik adalah memihak kepada Anwar, termasuk reaksi Tuan Guru Haji Abdul Hadi sendiri, tetapi sukar itu tidak semestinya dia tidak boleh dikalahkan. Anwar hanya boleh dikalahkan dengan izin Allah.
Masa depan itu hanya diketahui Allah, maka yang kuat jangan merasa sedap yang membuak hingga terasa dia tidak boleh dikalahkan seperti arnab yang yakin ia tidak boleh dikalahkan sang kura-kura.
Yang kuat biasanya menang. Hanya yang kuat yang sombong boleh kalah kerana yang sombong itu tidak disukai oleh semua. Yang sombong saja menyukai yang sombong.
Kerana Anwar diyakini menang, mengapa dia mesti dicabar dalam PRK itu? Yang menyuruh menentang yang kuat yang dirasakan batil ialah perjuangan. Perjuangan tidak mengenal kekalahan. Tidak berani menentang yang kuat itu adalah menyerah kalah. Pejuang tidak pernah menyerah kalah.
Dalam perang ada kalah dan ada menang. Jika kuat menentukan kemenangan Rasulullah SAW tidak memimpin Perang Badar justeru musuh kuat dan ramai. Islam tidak menentang Rom dan Parsi kerana kedua-duanya kuasa besar. Tetapi demi perjuangan dan jihad baginda SAW menyertai konfrontasi itu.
Jika tidak kerana jihad dan perjuangan PAS tidak menyertai pilihan raya lagi setelah dapat satu kerusi saja dalam pilihan raya tahun 1955. Kerana tidak putus asanya menentang yang kuat, ia menang di Terengganu dan Kelantan PRU 1959.
Allah mewahyu kepada Nabi SAW, yang memanah dan membunuh musuh dalam Perang Badar bukan mujahidin tetapi Allah.
Firasat Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kemenangan PAS dalam PRU 1990 di Kelantan, seolah-olah adanya kerjasama makhluk di bumi dan makhluk di langit. Yang memangkah bukan penyokong PAS tetapi ialah kuasa Allah.
PAS menentang Anwar secara peribadi di Port Dickson tetapi menentang kumpulan parti yang menentang RUU355. Jika ia berjaya mengalahkan Anwar ia bersyukur dan jika tidak berjaya ia bersabar.
Dari mula PAS tidak bermusuh dengan Anwar, tetapi Anwar memilih untuk tidak bersama PAS

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.