Majlis perjumpaan Dr M kecoh, pemandu teksi marah isu Grab
LANGKAWI: Majlis perjumpaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi hari ini kecoh seketika
apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak keluar majlis dan
berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung
perkhidmatan e-panggilan, Grab.
Sekitar 10 orang pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas perdana menteri berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak.
Kekecohan itu berlaku sekitar 2 minit dan selepas keadaan reda, Dr Mahathir berkata beliau sebagai perdana menteri hanya cuba untuk membantu golongan pemandu teksi untuk memulihkan kembali pendapatan mereka.
“Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendirilah. Tengok apa jadi. Saya nak tolong. Tapi kalau tak ada bantuan kepada saya, saya tak boleh tolonglah.
“Saya bukan nak jadi perdana menteri. Saya bersara dah tapi orang
panggil balik. Sebab itu saya datang. Kalau tak nak saya jadi perdana
menteri hari ini pun saya letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,”
katanya.
Sekitar 10 orang pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas perdana menteri berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak.
Kekecohan itu berlaku sekitar 2 minit dan selepas keadaan reda, Dr Mahathir berkata beliau sebagai perdana menteri hanya cuba untuk membantu golongan pemandu teksi untuk memulihkan kembali pendapatan mereka.
“Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendirilah. Tengok apa jadi. Saya nak tolong. Tapi kalau tak ada bantuan kepada saya, saya tak boleh tolonglah.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.