Manifesto PH janji tapi royalti terhalang
KUALA LUMPUR: Presiden
PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan pembayaran royalti
petroleum kepada negeri di bawah pemerintahan PAS, Kelantan dan
Terengganu terhalang.
Meskipun Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk mengembalikan pembayaran royalti
kepada negeri-negeri yang mempunyai petroleum sebagaimana dijanjikan
dalam Manifesto Pakatan Harapan namun sehingga kini pembayaran tersebut
masih belum terlaksana.
Memuatkan kenyataan tersebut dalam akaun Facebook
Tuan Guru semalam sebagai mendesak veteran DAP, Lim Kit Siang untuk
mengesahkan perkara tersebut kepada Menteri Kewangan sekiranya beliau
mahukan bukti.
Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli
Parlimen Marang memuatkan kenyataan tersebut bagi menbidas tuduhan Lim
yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri mendakwa Abdul Hadi akan terus
menghina politik Islam jika berterusan menuduh DAP mendiskriminasi
pembangunan di Pantai Timur.
"Perdana Menteri telah bersetuju untuk
mengembalikan royalti terus kepada negeri sebagaimana dijanjikan dalam
manifesto Pakatan Harapan.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.