Oktoberfest jejas Islam sebagai agama negara
Oleh
HASRI HARUN
WADAH Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) menolak sekeras-kerasnya penganjuran program Oktoberfest yang telah heboh baru-baru ini. Program ini adalah suatu aktiviti yang bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran, budaya dan keagamaan serta menjejaskan Islam sebagai agama negara dan sensitiviti majoriti penduduk muslim.
Justeru Wadah menggesa semua pihak
termasuk pihak berkuasa terutama pihak polis dan PBT agar lebih prihatin
terhadap perkara ini serta menghalang penganjuran kegiatan seperti
Oktoberfest yang lebih mendatangkan kemudaratan daripada kemanfaatan
WADAH Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) menolak sekeras-kerasnya penganjuran program Oktoberfest yang telah heboh baru-baru ini. Program ini adalah suatu aktiviti yang bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran, budaya dan keagamaan serta menjejaskan Islam sebagai agama negara dan sensitiviti majoriti penduduk muslim.
Wadah juga berpandangan tiada kewajaran
untuk program seumpama Oktoberfest ini menjadi acara awam dan terbuka
dengan segala publisiti melalui media massa demi menarik minat umum
untuk menyertainya. Wadah berpendapat bahawa mudharat dari program
seperti ini lebih besar dari manfaat yang diharapkan.
Amatlah malang jika Malaysia memberi
ruang secara terbuka sedangkan terdapat negara-negara Barat sendiri
telah mulai mengawal daripada berkembang kegiatan seumpama ini.
Wadah yakin bahawa seluruh agama di
dunia seperti Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh juga mengharamkan arak di
dalam kitab-kitab mereka kerana kesan-kesan dan akibatnya lebih banyak
mendatangkan keburukan daripada kebaikan.
Orang yang minum arak didapati apabila
mabuk mudah melakukan kejahatan dan maksiat berterusan tanpa rasa
bersalah di samping pelbagai masalah kesihatan yang dihadapinya.
Wadah juga berpandangan kegagalan dan
kerosakan dalam masyarakat adalah berpunca daripada kesihatan mental
apabila masyarakat terjerumus dengan arak dan budaya songsang.
Apatahlagi apabila ianya menjadi sebaran secara terbuka.
Begitu juga menurut beberapa kajian kebanyakan kemalangan jalanraya adalah juga disumbangkan oleh pengaruh alkohol yang tinggi.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.