https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pemimpin Perlu Jaga Penampilan Diri

Oleh Mohd Sayuti Omar

Penampilan diri seseorang apa lagi pemimpin penting kerana ia memberi gambaran luaran tentang sifat dan sikap mereka. Sebelum seseorang pemimpin itu bercakap menyampaikan idea, orang akan perhatikan kepada penampilannya. Penampilan ini termasuk cara berjalan, berintrasi, makan, ketawa, bergurau dan lain-lain
.
Saya perhati hampir semua pemimpin khasnya wakil rakyat, timbalan menteri, menteri mempunyai gaya atau ciri-ciri penampilan hampir sama. Yang saya maksudkan mereka tidak dapat memisahkan diri dengan alat telekomunikasi, hand phone. 

Hand phone ini sudah jadi semacam toys atau pun benda yang terlekat kepada diri mereka yang memberi gambaran peribadi seperti memegang tasbeh kalau pemimpin atau Timur Tengah atau para ulama. Tasbeh akan senantiasa melekat ditangan mereka.

Nah begitu dengan pemimpin Melayu hari ini, handphone tidak terpisah dari tangan mereka. Semua menggangam telefon bimbit. Ini gaya baharu menunjukkan pemimpin itu hampir dengan maklumat? Apakah perlu penampilan ini bersama telefon bimbit ditangan, atau pun diletak dibucu meja semasa makan?

Rasa saya, tidak manis bagi seorang pemimpin berkeadaan begitu macam budak-budak ulat di super merket atau yang duduk di stesen bas bermain dengan telefon. Seorang pemimpin harus menjaga dan mengawal keterampilan mereka agar kelihatan lebih kemas dan anggun.

Tidak perlu mereka menggengam telefon bimbit hatta menjawab panggilan atau membaca whatsaap apa lagi bersuafato. Telefon bimbit mereka boleh diserahkan kepada pegawai peribadi untuk memantaunya. Jika ada panggilan mustahak pegawai boleh hulurkan telefon untuk dijawab.

Pemimpin berdarjah menteri bagi saya akan lebih berwibawa dan profesional kalau dia tidak menggengam telefon.

Bukan tidak boleh menggengam telefon, tetapi harus ada pada masa dan ketikanya. Semisalnya dalam majlis tertentu, tidak salah kalau menteri memegang dan menggunakan telefon, misalnya di majlis sukan, atau pun ceramah santai atau pun berada dengan keluarganya di majlis kenduri. Tetapi dalam majlis rasmi seperti parlimen, atau semasa berjalan hendak menuju atau turun kereta nak masuk opis, atau melangkah ke pentas dan ke podium tidak wajar.

Mereka boleh belajar daripada pemimpin besar lain, seperti Dr Mahathir atau Anwar Ibrahim jarang kita melihat mereka mengenggam telefon, apa lagi kalau berada di ruang oficial seperti dalam persidangan parlimen.

Dan mereka yang menggengam telefon nampak sangat semacam budak-budak baharu dapat toys baru. Hissshhhh..

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.