Puteri: Kerajaan PH peralat akta tahan Zahid
KUALA LUMPUR, 18 Okt — Puteri Umno menuduh kerajaan memperalat Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil
Aktiviti Haram (AMLA) untuk menahan presidennya.
Ketuanya mendakwa tindakan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu langkah terdesak untuk mengalih “kemarahan rakyat terhadap siri penipuan manifesto yang gagal ditunaikan.”
“Tidak cukup dengan menzalimi rakyat, kerajaan hari ini menyalahgunakan AMLA untuk beri tekanan kepada seorang demi seorang musuh politik mereka termasuk presiden Umno,” kata Datuk Zahida Zarik Khan.
Dalam kenyataannya di Facebook, beliau menggesa ahli Puteri Umno menunjukkan sokongan dengan berkumpul di mahkamah di sini dengan pakaian merah 7.30 pagi esok.
Zahid
dipanggil memberi keterangan kali keenam di ibu pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya jam 3 petang ini.
Ahli majlis tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam semalam mendakwa Zahid, ahli parlimen Bagan Datuk, bakal diheret ke Mahkamah Seysen Kuala Lumpur esok.
Namun timbalan presiden parti itu Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa ahlinya bertenang dan tidak membuat spekulasi atas perkembangan itu yang belum pasti.
“Sejauh manakah kebenaran dan kesahihan spekulasi tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dipastikan pada saat ini,” katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.
Jumaat lalu, Zahid memberi keterangan kali kelima di SPRM berhubung dana sebuah yayasan milik keluarganya. Saudaranya dan anaknya juga turut disiasat.-malaymail.com
Ketuanya mendakwa tindakan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu langkah terdesak untuk mengalih “kemarahan rakyat terhadap siri penipuan manifesto yang gagal ditunaikan.”
“Tidak cukup dengan menzalimi rakyat, kerajaan hari ini menyalahgunakan AMLA untuk beri tekanan kepada seorang demi seorang musuh politik mereka termasuk presiden Umno,” kata Datuk Zahida Zarik Khan.
Dalam kenyataannya di Facebook, beliau menggesa ahli Puteri Umno menunjukkan sokongan dengan berkumpul di mahkamah di sini dengan pakaian merah 7.30 pagi esok.
Ahli majlis tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam semalam mendakwa Zahid, ahli parlimen Bagan Datuk, bakal diheret ke Mahkamah Seysen Kuala Lumpur esok.
Namun timbalan presiden parti itu Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa ahlinya bertenang dan tidak membuat spekulasi atas perkembangan itu yang belum pasti.
“Sejauh manakah kebenaran dan kesahihan spekulasi tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dipastikan pada saat ini,” katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.
Jumaat lalu, Zahid memberi keterangan kali kelima di SPRM berhubung dana sebuah yayasan milik keluarganya. Saudaranya dan anaknya juga turut disiasat.-malaymail.com




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.