Jangan buat spekulasi penahanan Zahid
SEREMBAN: Penahanan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak seharusnya
dispekulasi dan dijadikan modal untuk menabur pelbagai persepsi yang
salah dan tidak berasas.
Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata apa yang lebih penting, anggota Umno dan semua pihak mesti bertenang dan mengambil pendekatan rasional dalam berhadapan dengan keadaan ini.
“Susulan beberapa siri siasatan, wujud spekulasi beliau akan didakwa tidak lama lagi. Sejauh manakah kebenaran dan kesahihan spekulasi tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dipastikan pada saat ini.
“Saya dan kepimpinan Umno percaya perkara ini mesti dilihat secara terbuka dan objektif.
“Saya menyeru agar kita tidak terburu-buru dalam segala kenyataan,
tindakan dan perlakuan kita.
Kita mesti menghormati pelaksanaan proses undang-undang dan menaruh keyakinan bahawa ia akan dilunaskan dengan cara yang selari dan bersesuaian dengan keluhuran undang-undang dan sifat Malaysia sebagai negara hukum,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohamad berkata susulan daripada perkembangan itu juga, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno akan mengadakan mesyuarat segera untuk membincangkan perkara tersebut dengan lebih mendalam.
“Ini khususnya bagi memutuskan hala tuju dan tindakan selanjutnya. Apa jua keputusan MKT akan menjadi pendirian dan panduan untuk semua anggota parti,” katanya.
Jelasnya lagi, apa yang pasti, beliau dan kepimpinan Umno memberi jaminan bahawa penahanan ini tidak akan melemahkan atau menjadi halangan kepada parti itu untuk meneruskan agenda pemulihan yang sedang dilakukan.
“Khidmat bakti Umno kepada rakyat Malaysia juga tidak akan berhenti dan terganggu. Saya dan rakan-rakan dalam Umno ingin menzahirkan sokongan dan setia kawan yang mendalam terhadap Datuk Seri (Dr Ahmad) Zahid Hamidi dan keluarganya dalam saat yang mencabar seperti sekarang.
“Insya-Allah, saya pasti akan hadir petunjuk dan kebenaran yang selayaknya daripada Allah SWT dalam segala hal yang berlaku ini jika kita bersabar dan bijaksana dalam segala tindakan kita,” katanya.
Jumaat lepas, Zahid memberi keterangan kepada SPRM terhadap dakwaan penyelewengan dana sebuah yayasan milik keluarganya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.