https://critoxium.com/shop/

Terkini

Rafizi: Budaya politik wang dalam PKR membimbangkan

SEREMBAN: Budaya politik wang dilihat semakin membimbangkan pada musim pemilihan PKR, kata Naib Presidennya, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, ahli parti perlu menolak calon yang mengamalkan budaya itu dan memilih calon yang berlaku adil, berkhidmat dan berjuang untuk rakyat di akar umbi.

“Sekarang kita berada di kedudukan yang diuji dengan politik wang kerana akan ada pihak yang menawarkan wang sebab bila dah jadi kerajaan, ramai pihak yang berduit ini akan berminat dengan parti kerajaan,” katanya berucap dalam Majlis Amanat Rafizi Ramli sempena pemilihan PKR di sini, malam tadi.

Rafizi berkata, antara sebab utama beliau bertanding jawatan timbalan presiden PKR ialah untuk membendung budaya politik wang daripada terus merebak dalam parti.
Beliau juga menasihati calon PKR Negeri Sembilan mendekati ahli parti dari awal, selain bersedia dengan sebarang provokasi pihak luar.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.