RMK 11: Perlunya formula segar agih kekayaan
Oleh Noor Amin Ahmad
Sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sejak 15 Oktober 2018 dan dijadual berakhir pada 11 Disember 2018 ini tentulah sangat penting diberikan perhatian. Ini kerana ia sidang pada kali ini sedang membincangkan tentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (KSP RMK-11) dan diikuti dengan pembentangan Belanjawan 2019.
KSP RMK-11 adalah dokumen dasar pertama yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat sejak peralihan kerajaan pada 9 Mei 2018 yang begitu bersejarah. Walaupun begitu, KSP RMK-11 ini tentulah tidak menyediakan ruang terlalu besar untuk kerajaan baharu mencorak seluruh perancangan baru kerana dalam banyak keadaan ia melibatkan perancangan sejak tahun 2016 dan prestasi yang telah dicapai setakat ini.
Dalam KSP RMK-11 ini kita dapat melihat bagaimana tidak semua perkara yang dirancang oleh kerajaan terdahulu dapat dicapai. Di sini jelas, meskipun kerajaan memiliki pelbagai sumber dan kuasa, tidak semua perkara yang dirancang boleh dilaksanakan atau dilaksanakan dengan sempurna, kerana sifat dasar awam yang terdedah kepada pelbagai pembolehubah, terutama berkaitan kewangan.
Namun, ini bukan alasan untuk PH tidak melaksanakan manifestonya. Saya merasa gembira kerana dalam tempoh singkat selepas peralihan kerajaan, kita dapat melihat banyak agenda yang digariskan dalam Manifesto Pakatan Harapan dan juga Matlamat Pembangunan Mapan. Sekurang-kurangnya ia boleh menjadi panduan umum dan kasar tentang hala tuju negara dalam tempoh dua tahun akan datang. Selepas itu, kita akan berpeluang melihat Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), dokumen yang sepenuhnya bakal dirangka oleh kerajaan baharu.
Meskipun
banyak kritikan dan tekanan terhadap kerajaan baharu dapat dilihat,
setakat ini kita percaya rakyat masih sedia memberikan sokongan melalui
siri keputusan pilihan raya kecil yang berlangsung. Justeru itu, PH
mesti yakin untuk bergerak ke hadapan bagi merealisasikan
tindakan-tindakan tepat untuk manfaat rakyat.
Rancangan lima tahun dan tahunan
Rancangan Malaysia yang dibuat setiap lima tahun sekali sejak 1965 mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Saya percaya, Tun Razak, timbalan perdana menteri Malaysia ketika itu, yang kita tahu pernah terlibat dalam gerakan kiri melalui parti Buruh semasa belajar di United Kingdom, mengambil ilham daripada rancangan lima tahun yang dimulai oleh Parti Komunis di Kesatuan Republik Sosialis Rusia (USSR) di bawah pimpinan Joseph Stalin antara tahun 1928 ke tahun 1932.
Rancangan lima tahun ini pasti dapat memberikan sedikit rasa kepastian (certainty) kepada banyak pihak. Namun pada masa yang sama ia juga berpotensi mengikat kita untuk bersikap anjal sesuai dengan ketidaktentuan pelbagai pembolehubah yang ada. Maka, kajian separuh penggal seharusnya menjadi ruang untuk menampung keanjalan yang diperlukan.
Perlu disedari, RMK-11 (dan KSP RMK-11) tidak terlepas daripada komitmen kewangan bagi menjayakannya. Komitmen jangka sederhana ini mungkin perlu mempertimbang kerumitan dalam komitmen jangka pendek bakal dikemuka melalui pembentangan belanjawan nanti.
Sebagai contoh, sekiranya kita mengambil kira objektif pembangunan mapan dalam konteks penggunaan teknologi hijau, pastilah kosnya dilihat tinggi dalam jangka pendek sedangkan ia memberi manfaat dalam jangka panjang. Kerajaan perlu mempertimbang satu kaedah yang bersifat “menang-menang” untuk mencapai objektif kewangan dan pembangunan jangka pendek dan sederhana.
Memandang ke hadapan
Meskipun RMK-11 ini dan Belanjawan 2019 nanti adalah rancangan jangka sederhana dan pendek, kita juga tidak boleh melepas pandang cabaran masa depan. Kita mesti melihat tahun 2018 seakan-akan tahun 1918. Dalam maksud lain, pada tahun 2050 dan 2099 nanti, mereka yang hidup pada zaman itu mungkin melihat kita pada hari ini sebagai ketinggalan.
Dalam maksud lain, keperluan mereka yang akan hidup di zaman itu berkemungkinan besar sangat berbeza dengan keperluan kita dalam jangka masa pendek dan sederhana. Namun, kesan daripada dasar pada hari ini berpotensi dirasakan pada masa akan datang.
Sebagai contoh, perkembagan populasi tua diunjurkan berada pada kadar sekitar 15 peratus pada tahun 2030 dan seterusnya 30 peratus pada tahun 2050.
Daripada data-data semasa, tanggungan emolumen dan persaraan kini cukup tinggi, sekitar RM50 billion. Jumlah ini akan terus meningkat sekiranya kewajaran saiz kerajaan berbanding ekonomi tidak dihitung.
Manakala seramai 54 peratus pencarum KWSP memiliki simpanan kurang RM50,000 setahun ketika usia bersara. Baru-baru ini dinyatakan 74 peratus penjawat awam berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan.
Dengan jangkaan kadar hayat yang kian meningkat, sangat berkemungkinan kita akan melihat simpanan generasi tua pada masa akan datang semakin tidak mencukupi. Dalam maksud lain, tekanan kepada generasi muda akan lebih besar pada masa akan datang. Dan saya, sekiranya dipanjangkan usia, akan mencecah 68 tahun pada tahun 2050. Apakah jaminan saya akan mempunyai cukup simpanan mengambil kira inflasi dan cabaran ekonomi pada zaman itu? Apakah jaminan jaringan keselamatan sosial mencukupi ketika rakyat terus terperangkap dalam situasi hutang isi rumah yang diakui tertinggi di Asia kini dan mungkin berterusan dibawa pada masa akan datang?
Keutamaan pembangunan
Sebab itu saya fikir satu anjakan paradigma sangat diperlukan bagi melaksanakan tuntutan reformasi struktur. Saya gembira dengan rancangan-rancangan reformasi tadbir urus yang mahu dilaksanakan. Gagasannya mesti jelas ― untuk meningkatkan ketelusan dan kecekapan melalui kesedaran bahawa kerajaan bukan sahaja mempunyai tanggungjawab kepada rakyat tetapi juga tidak wajar merasakan tahu segala yang terbaik untuk semua.
Pihak-pihak berkuasa tempatan perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam memastikan perancangan pembangunan mengambil kira aspek kesejahteraan rakyat yang luas ― dari hal perkhidmatan di kawasan-kawasan perumahan, lokasi-lokasi kegiatan ekonomi dan tanah-tanah lapang yang berpotensi dimajukan atau dipelihara.
Saya berpandangan sasaran defisit fiskal kerajaan yang diubah daripada 0.6 peratus kepada 3.0 peratus sebagai sesuatu yang wajar. BN sebenarnya tidak harus berbangga dengan apa yang mereka sasarkan sebelum ini. Di atas kertas mungkin nampak elok ― Malaysia mencapai belanjawan berimbang pada tahun 2020 ― namun hakikatnya beberapa tahun kebelakangan ini penyusutan defisit fiskal yang dibuat telah menekan rakyat melalui potongan peruntukan kepada sektor kesihatan dan sektor pendidikan.
Untuk jangka masa panjang, kita tidak boleh lagi bertangguh dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, bukan sahaja dari segi infrastruktur dan kemuahan, tetapi juga pedagogi, kurikulum dan ko-kurikulum.
Dalam hal kesihatan, kita mesti melihat tambahan kos kepada pesakit-pesakit di kawasan-kawasan miskin kerana sesetengah kemudahan tidak ada. Usaha meningkatkan persekitaran juga mesti dijalankan secara bersepadu antara beberapa kementerian untuk mengatasi akar permasalahan misalnya dalam aspek makanan dan persekitaran.
Selain daripada tambahan belanjawan, saya percaya sekiranya kita mempunyai data terbuka senarai keperluan pendidikan dan kesihatan, banyak pihak akan sedia menghulurkan tangan untuk membantu melalui program-program tanggungjawab sosial korporat dan sebagainya.
Saya merasa gembira kerana Matlamat Pelbagai Dimensi 2018-2020: Sasaran Dipinda dengan Keutamaan dan Penekanan Baharu menggariskan kepentingan untuk mengangkat kedudukan golongan yang tertinggal dan mendekatkan jurang pembangunan antara wilayah.
Dalam ucapannya, perdana menteri menyebut tentang bagaimana dokumen reformasi ini memperlihatkan anjakan pemikiran berkaitan pembangunan kerana ia bertumpu kepada kemakmuran yang dikongsi bersama (shared prosperity).
Sesuai dengan ini, kerajaan perlu mempertimbang formula baru yang lebih segar dalam agihan kekayaan selaras dengan Perkara 109 dan 110 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Pemberian per kepala dan penyelenggaraan jalan sebagaimana yang diberikan sejak sekian lama boleh diteruskan, namun ia tidak memadai untuk membawa pembaharuan yang boleh mendorong pencapaian matlamat pelbagai dimensi RMK-11.
Selama ini negeri-negeri maju bukan sahaja mendapat peruntukan-peruntukan ini, tetapi boleh dikatakan kebanyakan projek mega jelas bertumpu ke negeri-negeri kaya ini. Kerajaan boleh menentukan misalnya peruntukan tetap sebanyak RM1 billion setahun kepada setiap negeri dan kemudian ditambah dengan peruntukan per kepala dan penyelenggaraan jalan ini. Kesan peruntukan ini tentulah akan lebih dirasakan di negeri-negeri miskin dan ketinggalan berbanding negeri-negeri yang sudah kaya, meskipun jumlah yang diterima adalah sama.
Perlis
Sebagai wakil tunggal kerusi parlimen Pakatan Harapan di negeri Perlis, sudah tentu saya ingin mengajak kerajaan persekutuan memberi perhatian kepada negeri yang masih lagi ditadbir oleh BN ini.
Ada beberapa perkara yang saya fikir perlu ditangani dalam tempoh baki dua tahun RMK-11 untuk negeri Perlis.
Pertama, dalam soalan saya kepada menteri air, tanah dan sumber asli semasa sidang sebelum ini, beliau mengakui peratusan air tidak berhasil (non-revenue water, NRW) di negeri Perlis adalah yang tertinggi di negara ini. Ini bukan sahaja berpunca daripada kecurian air, tetapi juga kerana faktor paip-paip lama yang perlu diganti. Menteri berkata kementerian sedang mempertimbang sama ada mengganti paip-paip ini atau membuat jajaran baru paip-paip air di seluruh negeri. Jika ini tidak dilaksanakan dalam tempoh baki RMK-11, saya tidak tahu bilakah lagi ia akan dilaksanakan;
Kedua, sudah sekian waktu Perlis tidak lagi menikmati pelaburan asing dan amat bergantung kepada pelaburan domestik. Saya berharap situasi ini akan berubah. Kerajaan harus melihat potensi masa depan bila terusan Kra mula berfungsi di mana Perlis akan menjadi negeri paling hampir yang boleh menarik manfaat daripada laluan tersebut. Bersamaan dengan ini, sektor pelancongan negeri haruslah ditingkatkan; dan
Ketiga, sektor pertanian perlu ditambah baik dengan mengalih sebahagian daripada bil import yang bernilai lebih RM50 billion. Peningkatan subsektor agro-makanan kepada 42.4 peratus boleh dicapai dengan menjadikan negeri-negeri seperti Perlis sebagai tunjang pertanian.
RMK-11 dan Belanjawan 2019 nanti tentulah bukan ubat mujarab yang boleh menyelesaikan semua permasalahan yang ada. Namun, perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama. RMK-11 dan Belanjawan 2019 adalah kesempatan terbaik untuk Pakatan Harapan memulakan langkah awal ke arah reformasi yang lebih menyeluruh.
* Noor Amin Ahmad ialah ahli parlimen Kangar dan ahli jawatankuasa pemandu jaringan ahli parlimen muda Bank Dunia.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.