Roda undang-undang berputar berputar
Oleh A Kadir Jasin
LIMA bulan lalu – sebelum kekalahan BN dalam PRU 9 Mei – tidak terlintas di fikiran kita bahawa pemimpin parti itu akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.
Ya, ada di antara mereka yang disiasat tetapi dengan mudah diisytiharkan sebagai tidak bersalah oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohd Apandi Ali.
Itulah yang dia lakukan dengan kes kecurian wang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pegawai SPRM dan Polis Diraja Malaysia yang terlibat menyiasat kes itu dipindahkan ke jabatan lain atau ditekan untuk meletakkan jawatan.
Saksi dan orang bersekongkol dengan Najib melarikan diri ke luar negara atau hilang tanpa kesan. Yang hidup senang-lenang adalah Najib dan keluarganya serta rakan kongsi jenayah mereka, Jho Low.
Tetapi dengan kehendak ALLAH Taala dan doa rakyat jelata yang tertindas, majoriti pengundi pada 9 Mei memilih PH.
Maka daripada saat itu bermulalah dan berlakulah apa yang selama ini dianggap mustahil dan tidak masuk akal iaitu pendedahan jenayah pecah amanah, salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan banyak lagi kes jenayah yang membabitkan pemimpin dan orang suruhan BN.
Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, kawan baik mereka, bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan yang terbaharu, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sudah pun ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.
Ketika mereka berkuasa, hatta titah raja pun mereka ingkari. Sesetengah daripada kita tentu masih ingat bagaimana pada 9 Oktober 2015 raja-raja telah menitahkan agar siasatan kes 1MDB diselesaikan segera dan tindakan tegas diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat dengannya.
Dalam masa tidak sampai empat bulan selepas titah diraja itu, Apandi mengadakan sidang akhbar bagi membersihkan Najib daripada segala bentuk keterlibatan dalam kes jenayah 1MDB dan menutup siasatan kes itu.
Kini, bukan bekas ketua nombor satu dia sahaja yang menghadapi berpuluh-puluh tuduhan jenayah bersabit 1MDB dan SRC, Apandi sendiri berdepan dengan kemungkinan diseret ke mahkamah.
Pertuduhan terhadap Zahid pada 19 Oktober memperluaskan lagi bidang jenayah melibatkan bekas pemimpin kerajaan BN dan orang suruhan mereka.
Zahid tidak dituduh dengan jenayah bersabit 1MDB tetapi sebaliknya didakwa dengan 10 tuduhan pecah amanah, 27 kes pengubahan wang haram dan lapan kes rasuah menjadikan semuanya, buat masa ini, 45.
Sebagai formaliti, Zahid mengaku tidak bersalah atas 10 tuduhan pecah amanah yang melibatkan wang Yayasan Akalbudi dan lapan tuduhan rasuah melibatkan RM42 juta. Beliau membuat pengakuan yang serupa bagi 27 tuduhan pengubahan wang haram yang membabitkan RM72 juta.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan bekas Timbalan Perdana menteri itu diikat jamin RM2 juta bagi kesemua 45 pertuduhan dan menetapkan 14 Disember untuk sebutan semula.
Kita hendaklah faham bahawa undang-undang perbadanan yayasan, khususnya yayasan kebajikan, amat ketat di mana penaja tidak dibenarkan menggunakan tabung yayasan untuk tujuan peribadi.
Tabung yayasan hanya boleh digunakan untuk kegiatan yang disebutkan dalam perlembagaannya.
Berdasarkan apa yang telah dan sedang berlaku kepada Najib, Rosmah, Abdul Azeez dan Zahid, kesimpulan rambang yang boleh kita buat ialah lebih banyak bekas pemimpin Umno dan BN serta orang suruhan mereka akan disiasat dan dihadapkan ke mahkamah.
Ada yang kerana menerima wang haram 1MDB dan ada yang kerana kesalahan-kesalahan lain di bawah Akta SPRM, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 serta Akta Cukai Pendapatan kerana tidak mengisytiharkan pendapatan.
Jadi janganlah hairan kalau ada penulis blog, pemilik portal berita dan pelbagai jenis operator bawah tanah berkaitan Umno/BN yang akan disiasat dan diheret ke muka pengadilan.
Apa yang sedang terjadi kepada bekas pemimpin kerajaan lama itu sewajarnyalah menjadi pengajaran dan amaran kepada kerajaan baharu PH agar memikul amanah mengikut lunas undang-undang dan mengutamakan mandat rakyat.
Tugas mereka adalah berjasa kepada rakyat jelata dan bukan mengejar bintang kebesaran. Sedihnya itulah yang telah dilakukan secara sedar atau tidak sengaja oleh segelintir daripada mereka.
Malah sudah ada yang mempamerkan kesombongan, keangkuhan dan kurang ajar terhadap rakyat dan media massa. Berhati-hatilah. Kalau rakyat boleh menendang keluar BN yang berkuasa selama 61 tahun, apalah sangat dengan PH. Wallahuaklam.
* Datuk A Kadir Jasin Tokoh Wartawan Negara

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.