Royalti: T'ganu, Kelantan layak terima hak sama
Oleh DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
SAYA telah diminta
mengulas mengenai bunga diskriminasi oleh pimpinan utama DAP yang
menjadi Menteri dalam Kementerian berkaitan dalam Kerajaan Pakatan
Harapan (PH), sebagaimana yang ditegur oleh Presiden PAS, YB Dato' Seri
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkenaan isu pembayaran royalti kepada
Terengganu dan Kelantan.
Ulasan saya, YB Lim Kit Siang boleh
merujuk kepada Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng berkenaan kedudukan
pembayaran royalti kepada negeri yang layak menerimanya seperti yang
telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang
dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir
Mohamad pada 7 Jun 2018 lalu.
Diharap apa yang sedang berlaku bukanlah
satu cubaan oleh mana-mana pihak yang berkuasa untuk mencanggahi
komitmen yang terang dan nyata oleh Perdana Menteri untuk terus
mengukuhkan semangat Federalisme sebagaimana yang dibentangkan oleh
beliau dalam Kajian Separuh Penggal RMK-11 di Parlimen pada hari Khamis
19 Oktober lepas.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.