Rumah baru tidak terjual terus meningkat
SEBANYAK 29,277 unit
rumah (residential property overhang) tidak terjual dalam tempoh enam
bulan pertama 2018. Nilai keseluruhan mencatatkan RM17.24 bilion. ‘Property overhang’ bermaksud ‘completed units that remain unsold after nine months or more’.
Oleh MIOR ISFANDY MIOR AZIZAN
Data yang diterbitkan oleh Jabatan
Penilaian dan Perkhidmatan Harta semalam menunjukkan angka tersebut
adalah paling tinggi jika dibandingkan dari tahun 2015 hingga 2017.
Pada tahun 2015, jumlah rumah yang tidak
terjual ialah 10,163 unit. Jumlah tersebut terus meningkat kepada
14,792 unit pada tahun 2016 dan 24,738 unit pada tahun 2017. Tiga negeri
mencatatkan jumlah tertinggi iaitu Johor (5,988 unit), Selangor (4,694
unit) dan Pulau Pinang (3,958 unit). Sekiranya dikategorikan mengikut
harga, sebanyak 17,883 (61%) unit rumah yang tidak terjual dalam
lingkungan harga dari RM50,000 hingga RM500,000.
Sepanjang enam bulan pertama 2018,
sebanyak 149,899 (RM67.74 bilion) transaksi telah direkodkan, menurun
2.4% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017. Jumlah
pinjaman/pembiayaan yang dipohon bagi pembelian rumah turun 3.1%, dan
jumlah pinjaman/pembiayaan yang diluluskan juga turun 0.2%.
Menurut Pengarah Pusat Maklumat Harta
Tanah Negara (NAPIC) Badrul Hisham Awang, prestasi pasaran akan kembali
pulih untuk enam bulan kedua 2018 kerana disokong oleh sentimen pengguna
dan persekitaran yang lebih baik.
Sementara itu, Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan telah memuktamadkan untuk menyatukan lima agensi
berkaitan perumahan di bawah satu entiti yang dikenali sebagai Majlis
Perumahan Mampu Milik Negara. Ia bertujuan untuk menyelaras dan
mengkoordinasi projek-projek perumahan rakyat dengan lebih sistematik.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.