https://critoxium.com/shop/

Terkini

Stoking itu soalan yang relevan dan asasi.

Oleh Fathi Aris Omar

Stoking itu soalan yang relevan dan asasi. Tidak perlu rasa terhina. Soalan itu datang daripada pertanyaan Mydin (dan juga persatuan peruncit). Media sebagai tukang tanya sahaja, dan tukang lapor.

Pastinya rangkaian pasar raya itu ingin merancang pembelian, sesuai dengan jualan hujung tahun. Malah ibu bapa seperti saya juga mahu tahu.

Bukan media sensasikan isu. Kenapa salahkan media demi bela menteri? Bukan menteri jawab soalan remeh. Tidak salah jawapan itu, tidak salah media melaporkannya.

Pengguna Facebook mungkin baca tajuk sahaja dan tidak faham kenapa ia timbul. Pengguna media sosial memang prasangka, sengaja cari isu untuk hentam menteri.

Kenapa pengguna media sosial sasarkan menteri pendidikan? Soalan ini yang mesti diteliti, soalan ini lebih relevan.

Ada latar tersembunyi kenapa menteri pendidikan menjadi tumpuan, selalunya negatif. Apa jangkaan dan harapan seseorang pada menteri --- itulah yang tersembunyi di balik tabir kecaman ini.

Mungkin satu sebabnya, kenyataan Kementerian Pendidikan pada Sabtu lalu mengulas isu kasut hitam; tidak sebut isu stoking, tali kasut, saiz kasut, jenis kasut, hitam berapa peratus, kulit atau kain atau plastik hitam?

 Panduan inilah yang mengelirukan ...

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.