https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tak bayar pemimpin Umno untuk sertai Bersatu


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad nafi menawarkan ganjaran kepada pemimpin Umno untuk menyertai Bersatu.

Menurutnya, ia bukan cara parti itu untuk menarik sokongan terhadap Bersatu apatah lagi dengan cara memberi rasuah.

"Jika anda menemui kes kami memberikan wang, anda boleh laporkan kepada pihak berkuasa.
"Kami tegaskan syarat untuk sertai Bersatu, mereka kena tinggalkan Umno, menjadi calon bebas untuk beberapa ketika dan baru boleh sertai kami.Ia bukan mudah," katanya.

Dr Mahathir turut memberi contoh Ahli Parlimen Jeli , Datuk Seri Mustapa Mohamed telah meninggalkan Umno terlebih dahulu sebelum menyertai Bersatu.

Beliau juga turut menegaskan tiada perjanjian dibuat dengan pemimpin Umno yang ingin menyertai Bersatu semata-mata untuk mengelakkan mereka daripada dikecualikan daripada siasatan rasuah.
"Tidak..kami tidak berurusan dengan penjenayah," katanya.


Sabtu lalu, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin mendakwa bahawa kemungkinan 40 lagi ahli Parlimen Umno akan keluar parti dan menyertai Bersatu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.