Ada kemungkinan kes 1MDB juga ‘Nolle Prosequi’?
KUALA LUMPUR: Kes pendakwaan kehilangan dana 1MDB berkemungkinan berhadapan ‘Nolle Prosequi’ atau bermaksud ‘tidak meneruskan kes’ (not to proceed with the case) yang merupakan prinsip atau amalan baharu dalam proses kehakiman negara.
Bayangan itu diberikan Dato’ Takiyuddin
Hassan (PAS – Kota Bharu) dengan merujuk hal tersebut berdasarkan satu
kes yang menggunakan prinsip sama pada 3 September lalu di Mahkamah
Tinggi Pulau Pinang.
Menurut beliau, kes tersebut telah ditarik balik atas dasar pendakwa raya memohon ‘dilepaskan tanpa dibebaskan’ (discharge not amounting to acquittal), namun mahkamah memberi pelepasan dan pembebasan (discharge an acquittal).
Katanya, apabila disoal oleh rakyat,
maka tampil pendakwa raya mengatakan bahawa mereka menarik balik
pertuduhan kes ke atas tertuduh melalui prinsip dipanggil ‘Nolle Prosequi’ itu.
“Adakah kita nak melihat prinsip ini
dipakai di dalam kes 1MDB kalau sekiranya pendakwa mendapati bahawa
keterangan tidak memihak kepada pendakwaan?” soal beliau pada perbahasan
Dewan Rakyat di Parlimen, di sini kelmarin dahulu.
Jelas Takiyuddin, apabila kes tersebut
ditarik balik, banyak pihak yang berkepakaran telah memberi pandangan,
antara bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Osman, selain reaksi
terkejut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ujar beliau, mereka terkejut dengan
tindakan mahkamah menarik balik kes tersebut, selain bekas Peguam Negara
itu juga menyifatkan kejutan tersebut tidak baik dan mencadangkan SPRM
memfailkan rayuan sekiranya tidak puas hati dengan keputusan mahkamah
itu.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.