Dari mana datangnya kontroversi perjanjian Konvensyen Penghapusan
Segala Bentuk Penindasan Berdasarkan Kaum (Icerd) ini? [Sengaja saya
elak menggunakan perkataan diskriminasi bagi mengelakkan timbul keraguan
dan kekeliruan].
Dari mana pula datangnya hujah Icerd ini boleh
mengancam orang Melayu, Raja-Raja dan Islam sebagai agama persekutuan,
sebagaimana yang dinyatakan pihak penganjur Himpunan Perpaduan Ummah
yang membantah pengiktirafan Icerd ini.
Timbul pertanyaan, jika
kita membantah penghapusan segala bentuk penindasan berdasarkan kaum,
maka adakah kita tergolong umat yang menyokong penindasan kaum? Adakah
wajar satu kaum menzalimi atau menganiayai kaum yang lain?
Jika jawapannya tidak wajar, kenapa pula takut, ragu-ragu dan bimbang untuk mengiktiraf Icerd.
Pada
September lalu, ketika hadir Persidangan Agung PBB yang ke-73, Perdana
Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia akan meratifikasi kesemua
konvensyen antarabangsa mengenai hak asasi manusia selepas mengkajinya
secara mendalam.
"Bagaimanapun, hal ini tidak mudah kerana
Malaysia sebuah negara majmuk dengan pelbagai etnik, agama, budaya dan
bahasa," katanya ketika berucap di New York.
Pada
23 Oktober lalu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)
Jerald Joseph berkata Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang
menyatakan kedudukan istimewa bumiputera, tidak akan terjejas walaupun kerajaan menandatangani Icerd.
Beliau berkata, ini kerana Perkara 153 juga menyatakan peranan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang melindungi semua warganegara.
Klausa
1 Perkara 153 menyatakan "menjadi tanggungjawab YDPA untuk melindungi
kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Sabah
dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan
Perkara ini."
"Keabsahan komuniti lain dinyatakan dalam ayat yang
sama, jadi tiada pilihan yang pelbagai di sini, anda tidak boleh menjaga
satu (komuniti) dan mengabaikan yang lain," katanya.
Kenyataan
Jerald ini mengulas MP Rembau Khairy Jamaluddin yang bertanya soalan di
parlimen tentang bagaimana Icerd akan menjejaskan Perkara 153
perlembagaan.
Perbahasan hangat mula tercetus selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy mengumumkan pada 24 Oktober, Icerd antara enam konvensyen hak asasi manusia yang akan kerajaan meterai menjelang suku pertama tahun depan.
Sejak
itu, bermulalah Icerd menjadi bahan pembangkang Umno dan PAS menyerang
pentadbiran Pakatan Harapan dengan menggunakan Waytha sebagai
sasarannya.
Kalau menurut suara salah seorang pemimpin veteran PAS yang membantah Icerd,
kesilapan pentadbiran Najib Razak yang diulang Dr Mahathir adalah
melantik, "orang India tak berparti" ke dalam jemaah menteri.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pula pada awal November menegaskan Umno menolak sekeras-kerasnya ratifikasi Icerd dan memberi amaran supaya "jangan usik Raja-Raja, bahasa Melayu dan agama Islam."
Pada 17 November lalu, di Pasir Salak, PAS dan Umno berjanji hadir perhimpunan membantah Icerd pada 8 Disember ini.
Menambah
kebimbangan apabila Dr Mahathir dan Presiden PKR Anwar Ibrahim sendiri
menyatakan keraguan mereka untuk pentadbiran PH mengiktiraf Icerd buat
masa ini.
Antaranya, Mahathir menjelaskan PH tidak mempunyai
majoriti dua pertiga di parlimen untuk membolehkan pindaan perlembagaan
bagi mengiktiraf Icerd.
Anwar pula berkata manakala dokumen Icerd itu baik tetapi pelaksanaannya dapat menimbulkan kegelisahan.
"Tetapi
pelaksanaannya atau untuk kita meterai harus kita ambil kira,
kebimbangan, keresahan dan kemungkinan mencetuskan ketegangan kaum.
"Jadi
tujuannya baik tetapi pelaksanaannya itu menimbulkan satu lagi
kegelisahan," jelas beliau yang berkata Icerd wajar ditangguhkan.
Akhirnya, pada 23 November perdana menteri menutup wacana Icerd ini buat sementara waktu apabila memuktamadkan kerajaan PH tidak akan menerima Icerd.
Saya
berpendapat mengiktiraf Icerd akan menambah rasa hormat, mengukuhkan
serta mengangkat martabat Raja-Raja, orang Melayu dan agama Islam di
mata dunia.
Bukankah Islam menentang segala bentuk penindasan berasaskan warna kulit, suku, kaum, agama dan bangsa?
Icerd dipersetujui menjadi konvensyen PBB pada 21 Disember 1965 dan hari ini sebanyak 179 buah negara telah mengiktiraf Icerd.
Maksudnya,
daripada 193 negara anggota PBB, tinggal 14 buah negara lagi yang belum
menandatangani Icerd, seperti Korea Utara dan Myanmar.
Apabila Dr
Mahathir menyuarakan bantahan terhadap Aung San Suu Kyi di pentas Asean
dan PBB mengenai nasib penindasan Rohingya, pemimpin Myanmar itu akan
dengan mudah mematahkan hujah bahawa Malaysia tidak layak mengkritik hal
penindasan kaum kerana masih belum mengiktiraf Icerd.
Begitulah
halnya, nasib minoriti etnik Uighur di China dan konflik Israel-Palestin
di timur tengah, suara Malaysia hanya laku di kampung sendiri sahaja.
Ini kerana China dan Israel juga mengiktiraf Icerd.
Banyak
juga negara yang mengiktiraf Icerd dengan syarat dan pengecualian,
mengambil kira kedudukan perundangan serta dasar negaranya.
Klausa 4 Fasal 1 Icerd menyatakan: “Special
measures taken for the sole purpose of securing adequate advancement of
certain racial or ethnic groups or individuals requiring such
protection as may be necessary in order to ensure such groups or
individuals equal enjoyment or exercise of human rights and fundamental
freedoms shall not be deemed racial discrimination, provided, however,
that such measures do not, as a consequence, lead to the maintenance of
separate rights for different racial groups and that they shall not be
continued after the objectives for which they were taken have been
achieved.
(Langkah-langkah khusus yang diambil dengan tujuan
tunggal untuk mencapai kemajuan yang mencukupi bagi sesuatu kumpulan
kaum atau etnik tertentu atau individu yang memerlukan perlindungan
sedemikian supaya memastikan kumpulan atau individu yang sama menikmati
atau dilindungi hak asasi manusia dan kebebasan asasinya maka ia tidak
akan dianggap diskriminasi (penindasan) kaum, dengan syarat, bahawa
langkah-langkah sedemikian tidak mengakibatkan, membawa kepada
penyelenggaraan hak-hak yang berasingan bagi kumpulan kaum yang berbeza
dan hal ini tidak akan diteruskan setelah tujuan yang dirancang telah
dicapai.)
Sistem beraja di Eropah dan lain-lain terus utuh
walaupun telah memeterai Icerd; Belanda, Norway, Sweden memeterai Icerd
pada 1966.
Thailand dan Jepun yang memeterai Icerd pada 1993 dan 1995 juga masih ada Raja serta Maharajanya.
Di kalangan 57 negara-negara OIC, kalau tidak silap cuma tinggal tiga buah negara sahaja lagi yang belum mengiktiraf Icerd.
Negara
dengan penduduk Islam majoriti yang belum mengiktiraf Icerd adalah
Sudan Selatan, Brunei dan tentulah Malaysia - benteng terakhir daripada
penebukan Freemason!
“Akhirnya, Icerd adalah agenda Freemason yang bertujuan merosakkan agama, bangsa dan negara.
“Adapun
kepada kita, adalah menjadi keyakinan bahawa mengiktiraf Icerd laksana
menebuk lubang dinding rumah kita bagi memberi laluan kepada nyamuk
aedes masuk ke dalam rumah kerana hanya melihat pembiakannya daripada
air yang bersih, tanpa menyedari terhadap bahayanya yang boleh membawa
maut,” kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 22 November lalu.
Menurut mantik bekas naib ketua Kesatuan Ulama Sedunia, pada tahun 2018 ini Icerd sedang mengancam Islam, bangsa dan negara.
Turki memeterai Icerd pada 13 Oktober 1972, Mesir pada 1966, Jordan pada 1974, Arab Saudi pada 1997 dan Palestin pada 2004.
Iran,
Iraq, Bahrain, Oman, Pakistan, Indonesia dan semua negara-negara
berpenduduk majoriti Islam lain yang mengiktiraf Icerd telah gugur di
tangan Freemason.
Oleh kerana Sudan Selatan mengalami konflik
perang saudara berpanjangan, maka benarlah mitos bahawa Imam Mahdi akan
muncul dari kalangan bani Tanah Melayu di Asia Tenggara.
Imam Mahdi adalah janji yang pasti akan meruntuhkan pemerintahan Dajjal yang merajai dunia dengan organisasi Freemason.
Mengenai
orde baru dunia yang diperintah Dajjal melalui Freemason ini, kita
boleh merujuk huraian penceramah popular masyarakat Melayu Islam
Malaysia di Youtube, Ustaz Auni Muhammad.
Betapa umat Melayu Islam perlu bersyukur dengan kemunculan
Imam Mahdi bani Ta(nah) Mim(elayu) dan kalimat kata-kata penuh
keramatnya terus bergema di dalam sanubari, “ini bukan sekadar
menyelamatkan rumah yang kecil, tetapi menyelamatkan kedaulatan umat dan
negara.”
Saya
tidak menuduh ‘imam Tamim’ ini ada niat gelap mahu menyelamatkan para
pemimpin Umno yang sedang berhadapan tuduhan rasuah, penyelewengan serta
salah guna kuasa dengan menggunakan isu-isu kaum dan agama.
Ini bukan zaman budaya lisan, mendengar-dengar tanpa menyelidik kesahihan maklumat.
Bacalah betul-betul Icerd pada pautan dokumen PBB di sini.
Jika
masih tidak yakin lagi, terutamanya kepada bakal PM kita, saya minta
jasa baik Pengarah Pengurusan Perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional, Zulkifli Hashim memberikan kuliah khas dan taklimat
tuntas mengenai Icerd. Seperti yang pernah beliau sampaikan dalam siri syarahan awam di Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2017 lalu.
Icerd angkat martabat negara, Melayu, raja
Reviewed by editorreformis
on
November 25, 2018
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Hishamuddin Aun Tidak terhitung rasanya berapa kali seorang pemimpin Bersatu melontarkan cabaran supaya jadi ‘anak jantan’ terhadap i...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.