Pakar: Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh pantas selepas 2020
KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi Malaysia boleh memecut dengan
pantas selepas 2020 sekiranya harga komoditi meningkat dengan sokongan
pemulihan pertumbuhan ekonomi global.
Ketua Pakar Ekonomi Asia Pasifik Moody’s Analytics, Steven G Cochrane berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka perlahan dalam tempoh 2 tahun akan datang kerana prospek ekonomi global yang lemah boleh menjejaskan harga komoditi.
“Malaysia, sebagai sebuah ekonomi terbuka, terdedah kepad trend global. Setiap rantau di dunia dijangka mencatatkan pertumbuhan perlahan pada 2019 dan 2020,” katanya kepada Bernama semasa Forum Ekonomi dan Risiko Kredit Moody’s Analytics baru-baru ini.
Cochrane mengunjurkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar Malaysia (KDNK) mungkin turun daripada 5.9% pada 2017 kepada 4.8% pada 2018, 4.4% pada 2019 dan 3.6% pada 2020.
“Harga komoditi rendah disebabkan pertumbuhan ekonomi dunia yang
perlahan akan menjejaskan pasaran negara sedang pesat membangun dan
Malaysia.
“Kami tidak menjangkakan sebarang peningkatan harga komoditi sehingga ekonomi global meningkat,” katanya.
Harga minyak sawit mentah (MSM) mencatatkan penurunan sejak awal tahun ini, dengan harga niaga hadapan MSM berada hampir RM2,000 setan metrik disebabkan paras stok tinggi dan permintaan lemah.
Beliau berkata, rangsangan fiskal Amerika Syarikat (AS), yang menyokong ekonomi negara itu dijangka berakhir pada 2020 dan ini akan memperlahankan pertumbuhan ekonominya dan bakal menjejaskan ekonomi global serta pasaran komoditi.
“Jika kita melangkah ke 2020, tanpa kemeseletan di AS dan Eropah, kemungkinan akan ada lantunan semula pertumbuhan global pada 2021 dan 2022,” katanya.
Cochrane berkata, perang perdagangan AS-China juga akan menjejaskan perdagangan dan ekonomi global serta mengganggu rantaian bekalan dan membawa kepada kemelesetanke ke atas ekonomi terbesar dunia itu dan turut menjejaskan ekonomi lain.
“Banyak yang bergantung harap kepada mesyuarat antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jin Ping pada Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin G20 di Buenos Aires akhir bulan ini.
“Semua akan mencari isyarat daripada Trump dan Xi sekiranya terdapat sebarang penyelesaian bagi perang perdagangan dan sama ada pentadbiran Trump akan membenarkan tarif dinaikkan kepada 25% seperti yang dijadualkan pada tahun depan,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya tarif dinaikkan dan diperluaskan dengan memasukkan semua perdagangan antara China dan AS, ia akan menambahkan lagi kesan kepada ekonomi Malaysia dan global.
Beliau berkata, bagi Malaysia, risikonya jelas negatif kerana jangkaan ekonomi global yang lemah akan menjejaskan harga minyak serta tempahan eksport.
“Sebagai pengeksport bersih minyak, penurunan harga minyak bermakna dolar eksport akan berkurangan.
“Harga minyak mentah jatuh kerana permintaan global berkurangan dan pengeluaran minyak syal AS meningkat dengan pantas sejak setahun lalu.
“Hakikat bahawa pengeluaran AS meningkat dengan pantas bermakna Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) kurang berkeupayaan untuk mengawal harga,” katanya.
Cochrane berkata, sekatan ke atas minyak Iran tidak membawa sebarang kesan ketara kepada harga minyak kerana terdapat banyak pengecualian yang dikenakan.
Beliau berkata, harga minyak, berdasarkan kepada West Texas Intermediate sebagai pengukur harga minyak, diunjurkan berada pada AS$69.1 setong tahun ini dan bergerak kepada AS$67.2 setong pada 2019 dan AS$63.5 setong padan 2020.
Cochrane menegaskan, usaha Malaysia menambah baik ketelusan dan peralihan lancar kuasa kepada kerajaan baru tahun ini adalah positif dari segi keyakinan pelabur dan dalam tempoh jangka panjang pengurusan hutang yang baik akan menyokong pertumbuhan ekonomi kerana peruntukan yang kurang untuk melunaskan hutang.
“Ketika kerajaan mengetatkan dasar fiskal untuk meningkatkan pengurusan hutang dalam keadaan pertumbuhan eksport yang lemah, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka perlahan bagi tempoh 2 tahun akan datang,” katanya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.