https://critoxium.com/shop/

Terkini

Isu asas utama berkenaan kuil Seafield

Oleh Arul 

1. Pihak Pemaju mahukan tanah itu dan dilaporkan mereka telah membayar pampasan dan mempunyai perintah mahkamah untuk mendapat pemilikan kosong.

 2. Ada dua kumpulan Penganut yang tidak sefahaman, satu kumpulan membantah pemindahan kuil manakala satu kumpulan lagi bersetuju. 

Berbalik pada kejadian malam tadi, saya pasti kebanyakan rakyat Malaysia adalah para pencinta kedamaian dan keamanan.

Oleh kerana itu, kita sepatutnya membantu mengurangkan ketegangan antara kaum dan agama.

Kumpulan yang telah mencetuskan rusuhan semalam semestinya telah dibayar dan diupah untuk
melakukan rusuhan tersebut.

Jika ketegangan dan pertelingkahan kaum berlaku, maka ia hanya akan menguntungkan motif segelintir kecil manusia yang mahukan negara kita berpecah kecai dan bermandi darah atas sebab perkauman.

Jangan beri peluang kepada mana-mana kumpulan rasis dan fasis untuk merosakkan masa depan kita.

Jangan jayakan agenda mereka. Kerajaan PH yang mempunyai majoriti di Negeri dan Persekutuan, mempunyai segala sumber dan keupayaan bagi menangani isu ini, menenangkan keadaan dan menasihatkan orang awam.

Pasukan polis juga mempunyai unit risikan yang berkesan maka saya pasti mereka tahu siapa dalang kejadian ini?

Ini adalah masa Rule Of Law perlu dilaksanakan, bukan hanya sekadar cakap.

 Ini adalah masanya untuk semua kaum dan agama yang cintakan kedamaian bangkit bersuara menentang rasisme dan berjuang untuk keamanan.

ICERD tak mampu menyelamatkan kita, hanya berfikiran sebagai umat manusia yang rasional, maka kita dapat menyelamatkan diri kita dan keadaan ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.