https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tidak akan bertolak ansur denganpihak yang cuba menganggut keharmonian dan keamanan negara.

Berhubung insiden pergaduhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya malam tadi, saya telah mengarahkan pihak Polis DiRaja Malaysia supaya mengambil langkah-langkah perlu untuk mengawal keadaan dan menyiasat kes ini secara terperinci.

Saya dimaklumkan pada ketika ini pihak polis telah membuat tangkapan ke atas beberapa orang saspek dan siasatan sedang dijalankan di bawah Kanun Keseksaan. Mana-mana saspek yang didapati melanggar undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan.

Saya meminta semua pihak agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengawal keadaan dan menjalankan siasatan menurut peruntukan undang-undang.

Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak agar tidak mengambil apa-apa tindakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh membakar sentimen perkauman dan menjejaskan ketenteraman awam.

Saya memandang serius insiden ini dan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba menganggu-gugat keharmonian dan keamanan negara.

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Menteri Dalam Negeri

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.