Keharmonian dan ketenteraman awam diutamakan
Oleh ABDUL HADI AWANG
PAS mengikuti secara
dekat perkembangan insiden yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman
Devasthanam, USJ Subang Jaya yang sudah berlarutan sejak beberapa hari
yang lalu.
PAS menyeru semua pihak agar bertenang
dan memahami isu sebenar di sebalik insiden yang tidak diingini ini,
serta tidak mencetuskan sentimen agama dan perkauman yang tidak sihat di
kalangan masyarakat awam.
PAS menegaskan bahawa perpaduan dan
keharmonian rakyat perlu diutamakan, dan hak beragama perlu dihormati
mengikut lunas undang-undang. Pihak pemaju perlu menjaga sensitiviti
kaum dan agama. Sebarang unsur yang boleh menimbulkan sensitiviti di
kalangan rakyat perlu ditangani dengan pantas oleh pihak berwajib,
pemimpin masyarakat dan wakil rakyat yang telah dipilih.
PAS berkeyakinan bahawa pihak PDRM,
Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Negeri Selangor mampu menangani
isu ini dengan baik mengikut lunas undang-undang, demi mengembalikan
ketenteraman awam di lokasi terbabit dan juga di seluruh negara amnya.
PAS menyarankan agar semua pihak yang terlibat dapat duduk semeja bagi meredakan keadaan dalam tempoh segera.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.