https://critoxium.com/shop/

Terkini

PKR gesa kerajaan tidak terburu-buru ratifikasi ICERD

KUALA LUMPUR: PKR hari ini menggesa kerajaan tidak tergesa-gesa meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan perlu mendengar pendapat semua pihak sebelum membuat keputusan muktamad mengenai ICERD.

“Sebelum kita ratifikasi mana-mana instrumen, seharusnya ahli Parlimen diberi peluang untuk nyatakan pendirian untuk bincang dan bahas mengenai pendirian parti masing-masing.
“Dan mereka boleh bawa kepada rakyat, sebab kita tidak mahu isu itu jadi polemik dan pecah belahkan komuniti, terutama maklumat yang diterima tidak mencukupi atau tidak benar.
“Saya percaya ahli Parlimen nak dapat maklumat penuh, ingin bertemu beberapa pihak dan dengar pandangan, kebimbangan mereka, sebelum kita maju ke depan,” katanya di lobi Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pendirian PKR mengenai ICERD, selepas PPBM dan Amanah menolak hasrat kerajaan yang sedang mempertimbangkan untuk meratifikasi konvensyen itu.

Fahmi berkata, PKR masih berbincang dan akan membuat keputusan berhubung ICERD, selepas pemilihan dan kongres nasional parti selesai.

“PKR akan bahas perkara ini secara mendalam selepas pemilihan berakhir.”

Semalam, PAS memberi amaran akan mengerahkan ahli dan rakyat mengadakan protes jika kerajaan menyalahgunakan Parlimen untuk mengesahkan ICERD “yang tidak adil kepada orang Islam dan rakyat bumiputera”.

Beliau mengingatkan kerajaan yang Perlembagaan Persekutuan sudah cukup memberi hak kepada semua rakyat.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.