‘Potongan 10% gaji menteri diteruskan, selepas Tabung Harapan ditutup’
KUALA LUMPUR: Menteri kewangan berkata, Putrajaya meneruskan potongan
gaji 10% untuk menteri Kabinet, walaupun Tabung Harapan akan ditutup
akhir tahun ini.
Ini kerana, kata Lim Guan Eng, potongan gaji menteri itu disalurkan terus kepada pendapatan kerajaan, bukannya Tabung Harapan.
“Jadi, sehingga saya dapat arahan lain, gaji akan terus dipotong,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Pada 23 Mei lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan gaji pokok menteri dipotong 10% serta-merta sebagai tanda prihatin terhadap masalah kewangan negara.
Katanya, kerajaan tidak bercadang menaikkan gaji menteri, walaupun gaji menteri lebih rendah daripada pegawai tinggi kerajaan.
Kerajaan Johor, Pulau Pinang dan Kedah turut mengumumkan potongan 10% gaji ketua menteri dan 10 exco negeri untuk disumbang kepada Tabung Harapan.
Pada 11 Jun lalu, Sultan Muhammad V dilaporkan bersetuju memotong gaji dan emolumen sendiri sebanyak 10% sepanjang tempoh pemerintahannya sehingga 2021 dalam usaha membantu ekonomi negara.
Yang di-Pertuan Agong turut mengarahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Negara tahun ini dibatalkan.
Tabung Harapan yang ditubuhkan 30 Mei lalu untuk rakyat membantu memulihkan kewangan negara, akan ditutup pada 31 Disember nanti.
Setakat 12 November lalu, kutipan Tabung Harapan mencecah RM197,777, 960.38.
Ini kerana, kata Lim Guan Eng, potongan gaji menteri itu disalurkan terus kepada pendapatan kerajaan, bukannya Tabung Harapan.
“Jadi, sehingga saya dapat arahan lain, gaji akan terus dipotong,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Pada 23 Mei lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan gaji pokok menteri dipotong 10% serta-merta sebagai tanda prihatin terhadap masalah kewangan negara.
Kerajaan Johor, Pulau Pinang dan Kedah turut mengumumkan potongan 10% gaji ketua menteri dan 10 exco negeri untuk disumbang kepada Tabung Harapan.
Pada 11 Jun lalu, Sultan Muhammad V dilaporkan bersetuju memotong gaji dan emolumen sendiri sebanyak 10% sepanjang tempoh pemerintahannya sehingga 2021 dalam usaha membantu ekonomi negara.
Yang di-Pertuan Agong turut mengarahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Negara tahun ini dibatalkan.
Tabung Harapan yang ditubuhkan 30 Mei lalu untuk rakyat membantu memulihkan kewangan negara, akan ditutup pada 31 Disember nanti.
Setakat 12 November lalu, kutipan Tabung Harapan mencecah RM197,777, 960.38.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.