Ratifikasi ICERD jejas keharmonian negara
Oleh WAN HASRINA WAN HASSAN
BERLATARBELAKANGKAN
satu sejarah yang panjang, Malaysia pada hari ini berjaya dibina dengan
satu identiti yang unik iaitu masyarakat majmuk yang hidup secara
harmoni. Kepelbagaian kaum menjadi satu identiti yang istimewa buat
rakyat Malaysia.
Di bawah naungan Perlembagaan Malaysia
dan lafaz ikrar Rukun Negara, setiap rakyat Malaysia bertangungjawab
menjaga keamanan dan kehormatan negara. Sebarang bentuk unsur yang boleh
meretakkan hubungan antara kaum perlu dijauhi.
Ratifikasi ICERD
Kenyataan P Waytamoorthy, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan komited untuk mengesahkan enam
triti hak asasi manusia termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai
Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama
tahun depan adalah kenyataan yang boleh menimbulkan huru hara dan
kemarahan umat Islam dan Bangsa Melayu di negara ini.
Di bawah Perlembagaan Persekutuan,
Perkara 3 jelas menyatakan agama Islam sebagai agama Persekutuan
manakala Artikel 153 pula memberi kedudukan istimewa kepada orang Melayu
dan penduduk asal di negara ini adalah jelas bertentangan dengan tujuan
ratifikasi ICERD ini.
Ratifikasi ICERD ini bertujuan untuk
menghapuskan segala bentuk diskriminasi kaum (racial discrimination).
Racial discrimination ini didefinisikan sebagai 'any distinction,
exclusion, restriction or preference based on race, colour, descent, or
national or ethnic origin which has the purpose or effect of nullifying
or impairing the recognition, enjoyment or exercise, on an equal
footing, of human rights and fundamental freedoms in the political,
economic, social, cultural or any other field of public life.'
Dengan kata lain, ratifikasi konvensyen
ini akan membawa kepada penghapusan kedudukan istemewa orang Melayu dan
penduduk asal. Ratifikasi ini juga boleh mengakibatkan Perlembagaan
Malaysia perlu dipinda dan Perkara 153 perlu dimansuhkan.
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)
menyambut baik cadangan YAB PM, Dr Mahathir untuk meninjau semula isu
ratifikasi bersama setiap kaum. DMPM berharap perbincangan yang akan
dilakukan bersifat adil dan matang serta melihat segenap konsep bagi
memelihara kerukunan masyarakat Malaysia.
Justeru itu, DMPM dengan tegas menolak
ratifikasi Konvensyen ICERD ini dan berharap kerajaan Pakatan Harapan
pada hari ini lebih berhati-hati dalam membuat tindakan.
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.