Ratifikasi ICERD bunuh pendidikan anak Melayu
IKATAN Guru-Guru Muslim
Malaysa (i-GURU) membantah sekeras-kerasnya kenyataan Menteri Waytha
Moorthy dan usaha pihak kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen
Antarabangsa Untuk Memansuhkan Semua Bentuk Diskriminasi Perkaumnan
(ICERD) pada suku tahun hadapan.
i-Guru berpandangan langkah ini akan
memberi kesan besar kepada pendidikan terutama pendidikan kaum Melayu
yang merupakan kaum teras di Malaysia sekali gus akan berlaku
penghapusan hak-hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera dalam
perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, juga hak-hak istimewa orang Melayu
dalam pendidikan seperti biasiswa, kemasukan pelajar ke IPTA, MRSM dan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar rasmi dalam sistem pendidikan
akan tergugat.
i-Guru melihat pendidikan anak- anak
melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Serawak perlu dibantu dan terus
dibela terutama sekolah-sekolah kebangsaan di luar bandar dan pedalaman
yang perlukan kemudahan infranstruktur dan prasarana yang lengkap.
i-Guru juga merasakan jurang kekayaan
dan pendidikan yang berbeza menuntut hak pendidikan anak-anak Melayu dan
kaum Bumiputera diberi keutamaan terutama biasiswa, nisbah peratus yang
tinggi untuk kelayakan ke IPTA dan institusi-institusi pendidikan untuk
kaum Melayu seperti MRSM dan sekolah-sekolah agama.
Usaha meritifikasi ini akan membunuh
peluang pendidikan anak-anak Melayu dan menggugat perpaduan dan
keharmonian kaum. Justeru itu i-Guru bersama dengan NGO-NGO Melayu Islam
menyeru seluruh rakyat Malaysia dan pemimpin orang Melayu supaya bangun
bagi membantah usaha meritifikasi Konvensyen Antarabangsa Untuk
Memansuhkan Semua Bentuk Diskriminasi Perkaumnan (ICERD).
Presiden i-Guru
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.