https://critoxium.com/shop/

Terkini

Terengganu sudah menerima RM300 juta dari hasil royalti

Sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, kerajaan Terengganu sudah menerima RM300 juta dari hasil royalti gas dan minyak.

Bagaimanapun, menteri besarnya, Dr Ahmad Samsuri Ahmad berkata, pihaknya kini berharap agar baki bayaran royalti minyak dan gas untuk tahun ini yang berjumlah antara RM400 juta hingga RM500 juta akan diterima dari Petronas sebelum akhir tahun ini.

Jelas Ahmad Samsuri, pembayaran RM300 juta sebelum ini diterima pada Ogos dan awal Oktober.
“Kita amat berharap akan menerima baki berjumlah antara RM400 juta hingga RM500 juta ini sebelum akhir tahun,” katanya dipetik Bernama.

Terdahulu, dalam pembentangan Belanjawan 2019 Terengganu di lobi Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini, beliau memaklumkan bahawa wang royalti minyak dan gas sebanyak RM1.745 bilion turut dimasukkan sebagai Terimaan Bukan Hasil.

Ahmad Samsuri berkata keputusan memasukkan royalti ke dalam bajet itu adalah bersandarkan kepada komitmen kerajaan pusat menyalurkan royalti tersebut secara terus kepada akaun negeri pengeluar minyak dan gas.

"Dalam Mesyuarat Kewangan Negara pada Julai lalu, secara spesisifik disebut bahawa semua negeri pengeluar minyak dan gas iaitu Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.

"Kita berpegang pada komitmen kerajaan pusat itu dan setakat ini telah menerima sebahagian daripada royalti tersebut (untuk tahun 2018) iaitu sebanyak RM300 juta," katanya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun katanya, jumlah berkenaan tidak termasuk baki bayaran antara RM400 juta hingga RM500 juta yang masih belum dijelaskan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.