https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mereka bersatu untuk kekal membangkang

Oleh HAZMI HASSAN

Jika ditanya kenapa Kelantan dan Terengganu tidak mempunyai walau satu pun kerusi Pakatan Harapan (PH), maka jawapannya: kebanyakkan yang hadir ini berasal daripada Kelantan dan Terengganu. Segala aset dan kemudahan kerajaan negeri diguna untuk memastikan mereka hadir untuk meramaikan pesta demokrasi ini.

PRU14 kami telah berhadapan dengan mereka dan kami kunci mereka di negeri masing-masing. Ketika pilihan raya mereka hanya sibuk di kawasan atau negeri masing-masing. Hari ini mereka keluar dengan isu agama dan bangsa. Mereka bakarkan kemarahan rakyat dan mereka berjaya MENGHASUT rakyat. Rakyat marah walau mereka tidak memahami apa pun yang sedang berlaku.

Himpunan ini berjaya. Walau angkanya sangat jauh dari sejuta rakyat tetapi mereka berjaya menggunakan isu ini untuk kepentingan politik mereka. Mereka berjaya satukan Pas dan Umno. Walau tidak berkahwin mereka berjaya bersekedudukan di hadapan kita.

Kekuatan mereka dan cara mereka berpolitik hari ini menjarakkan lagi kemenangan mereka pada PRU15. Namun jika Pakatan Harapan tidak menangani dengan baik, Pas dan Umno akan terus berkerajaan di Pantai Timur.

Cabaran besar buat kami di Pantai Timur bagaimana untuk merasional dan membersihkan pemikiran mereka. Namun jika kena dengan gerak kerja dan bantuan Pakatan Harapan Malayaia, Pas dan Umno mungkin akan terus menguasai di jalan raya semata-mata! Mereka akan terus kuat sebagai pembangkang.

Tahniah Pas Umno. Saya juga memohon kemaafan kerana beranggapan Pas akan bersama Umno membentuk kerajaan. Rupa-rupanya Pas dan Umno bersama membentuk pasukan pembangkang.

Semoga Pas dan Umno terus menjadi pembangkang yang baik dan menjadi “check and balance” dalam demokrasi negara pada hari ini.

1 ulasan:

  1. In sya Allah kerajaan PH akan tumbang kerana rakyat sudah nampak akan permainan Melayu PH. Pemimpin Melayu PH tidak berwibawa untuk memimpin tetapi mereka cukup taat kepada DAP. Apa yg DAP suruh mereka akan kotakan. Kini orang2 Melayu sudah sedar dan mereka sedang dalam penyatuan. Tengoklah apa yg berlaku pada TH. Kenapa pemimpin Melayu Islam dalam PH tidak tahu untuk mengatasi masalah yg berlaku dalam PH katanya cerdik sangat dan professional. Adakah itu dinamakan professional bila aset2 orang Islam (TH) diletak dibawah penjagaan dan pengawasan orang kafir? Tunjukkan lah kebolehan kamu wahai pemimpin Melayu PH yang kamu adalah pemimpin Melayu yamg lebih baik dari UMNO. Tapi nampaknya pemimpin Melayu PH hanyalah sekadar khadam DAP.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.