Cerita rakyat tentang kisah keakraban Ali, Ah Chong dan Ramasamy kini perlu diubah menjadi Ali, Ah Chong dan Murthi.
Ramasamy sudah mendiang. Murthi menggantikan tempat Ramasamy berkongsi cerita suka-duka bersama Ali dan Ah Chong.
Gara-gara
Murthi ghairah berkawan dan berkuasa, dia tidak tahu membezakan di
antara manikam dan batu. Lalu dibawa batu untuk dipamerkan kelebihannya
pada masyarakat untuk memperkukuhkan kerajaan baru yang sedia rapuh
seperti istana pasir.
Himpunan anti-Icerd hujung minggu lalu
dianggap sebagai satu himpunan yang terbesar umat Melayu di Malaysia
sejak merdeka. Ini bukan seperti himpunan yang biasa-biasa seperti
Bersih sejak 2008.
Jauh sekali jika hendak dibandingkan himpunan di kuil Hindu Sri maha Mariamman yang menyebabkan kekecohan selama beberapa hari.
Himpunan
anti-Icerd berjalan penuh aman dan berdisiplin. Itulah yang diajarkan
dalam Islam dan adab orang Melayu berhimpun. Anggota keselamatan dan
polis melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mudah.
Polis
memberi jaminan keselamatan ke atas para peserta dan pada masa sama
penganjur juga menjanjikan perhimpunan itu ialah himpunan paling selamat
dan bersih.
Baik buat Melayu, Islam
Ternyata benar kata-kata mereka itu. Benar janji Polis. Benar juga kata penganjur.
Dr
Mahathir Mohamad pun mengucapkan tahniah kepada para peserta himpunan
kerana memenuhi harapannya. Sebelum itu, Mahathir mendoakan agar
himpunan berkenaan berjalan aman.
Abaikan sahaja sama ada pujian
Mahathir itu sindiran atau benar. Dari segi kenyataan yang disiarkan
media massa, Mahathir memang memuji.
Beliau pun bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur sejurus tamatnya himpunan keramat itu. Alhamdulliah doa Mahathir dimakbulkan.
Abaikan juga jika orang lain juga mendoakan hal yang sama dan dimakbulkan.
Jika
diterima kenyataan bahawa himpunan hujung minggu lalu itu adalah
perkumpulan terbesar umat Melayu sejak merdeka, itu satu perkembangan
yang baik buat orang Melayu dan Islam.
Penyelesaian sudah ditemui
setelah berpuluh-puluh tahun umat Islam berpecah dan bercakaran sesama
sendiri. Benarlah kata Timbalan Presiden PAS bahawa perhimpunan itu
adalah tanda kesyukuran kerana kerajaan PH menolak Icerd.
Selepas
ini, hak berhimpun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia
akan lebih mudah dibuat. Dataran Merdeka akan jadi satu lagi daya
tarikan para pelancong sebagai tempat untuk rakyat berkumpul dan
bersuara seperti di Trafalgar Square atau Hyde Park di London.
Hampir setiap minggu ada demostrasi dari segala macam aliran pemikiran dan kumpulan.
Angka boleh berubah
Penyokong
PH juga boleh buat himpunan aman sekiranya tidak berpuas hati dengan
prestasi menteri dan kerajaan PH. Kadangkala konvesyen, kongres atau
apa-apa istilah mesyuarat tahunan parti politik adalah acara
melegimitasikan kehendak elit dalam parti.
Orang bawahan atau perwakilan hanya bawa telinga dan badan untuk didoktrin.
Ketua Polis Kuala Lumpur menyatakan jumlah peserta himpunan itu adalah 55,000 ribu seperti dilaporkan Malaysiakini dan ABC News.
Menteri
Besar Kedah, Mukhriz Mahathir menyatakan himpunan tersebut berjumlah
lebih 100,000 peserta. Penganjur mengatakan peserta himpunan itu ada
500,000.
Ada juga yang mengatakan jumlah peserta mencapai 700,000
dan 1.5 juta. Antara 55,000 yang paling sedikit dan 1.5 juta angka
terbanyak.
Bagi ahli politik itu sangat subjektif dan angka itu boleh berubah-ubah mengikut keperluan semasa.
Jangan
buang masa tentang angka yang tepat. Ini bukan matematik. Sebut sahaja
bahawa himpunan itu telah menghimpunkan ramai orang. Sangat ramai dan
tidak terkira.
Sebelum sibuk berbahas tentang jumlah sebenar angka
para peserta himpunan anti-Icerd, lebih baik mencari asal-usul
perhimpunan itu.
Ia penting bagi memahami implikasi himpunan kepada kerajaan, negara dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Semua ini bertitik tolak daripada idea bernas seorang menteri yang bernama P Waythamorthy untuk membuat ratifikasi Icerd.
Ramuan terbaik Melayu
Ini
kerana Malaysia masih belum menandatangani deklarasi yang dibuat oleh
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu. Kajian tentang Icerd dibuat sejak
2012 di bawah portfolio perpaduan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Itu
cerita lama.
Tetapi adalah satu cerita dalam simpanan fail yang baru ditemui beberapa bulan selepas Waythamoorth masuk ke pejabat.
Himpunan
anti-Icerd menyatukan seluruh kekuatan PAS dan Umno bagi menyatakan
iltizam untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia yang merupakan
perlembagaan negara.
Himpunan anti-Icerd menemukan ramuan terbaik bagi orang Melayu bersatu dengan mengetepikan perbezaan politik.
Beberapa
minggu lalu, Waythamoorty juga membidas polis kerana gagal sampai awal
untuk menyelesaikan isu kuil di Seafield, Subang Jaya.
Menteri
itu lupa bahawa dia ialah menteri kerajaan. Waythamoorty ialah menteri
yang menyebabkan orang Melayu Islam di Malaysia bersatu dengan caranya
yang tersendiri.
Bukan Mahathir, Hadi Awang, Zahid Hamidi ataupun
Mat Sabu. Inilah yang kerajaan PH bimbang seperti kebimbangan PH
memerintah hanya sepenggal.
Tidak mengapa, kerana Umar Abdul Aziz memerintah hanya dua tahun sahaja. Bukan sepenggal. Trima kaseyyy Waythamoorty! DR MUHAIMIN SULAM seorang aktivis politik, pensyarah universiti dan penulis buku serta esei.
Trima kasey Waythamoorty
Reviewed by editorreformis
on
Disember 12, 2018
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Mohsin Abdullah Pada Khamis 23 April lalu, seorang kawan lama menghantar saya laporan media melalui WhatsApp bertajuk ‘Agong akan pi...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.