Dakwaan Pas tolak UMNO: PSM dapat kelebihan
KUALA LUMPUR 17
Feb.- Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad
bahawa Pas tidak akan menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)
Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dilihat dapat memberikan kelebihan
kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Calon PSM bagi PRK Semenyih, Nik Aziz Afiq Abdul
berkata, dakwaan oleh Dr. Mahathir itu berkemungkinan akan menyebabkan
penyokong-penyokong Pas di Semenyih akan memberikan undi kepada dirinya.
“Penyokong-penyokong
Pas ini ada masalah dengan parti-parti dalam PH malah ketika ini kita
tidak tahu pula bagaimana hubungan mereka dengan UMNO, jadi saya
merupakan calon terbaik.
“Saya lihat ini
merupakan satu kelebihan, oleh itu saya berharap ahli-ahli Pas dapat
faham perjuangan saya sekali gus dapat memberikan sokongan kepada PSM,”
katanya dalam sidang akhbar selepas membuat akuan berkanun dengan tujuan
mengisytiharkan harta di Semenyih, di sini hari ini.
Semalam
Dr. Mahathir mendakwa terdapat pengakuan secara bertulis kononnya Pas
tidak akan menyokong UMNO dalam pertemuannya dengan Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang di ibu negara, kelmarin.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.