Pada PRU ke-14, Pakatan Harapan (PH) berjaya merampas kerusi
DUN Semenyih - kawasan tradisi Umno - apabila menang di 13 daripada 23
pusat daerah mengundi (PDM).
Ketika itu, berlaku pertembungan
empat penjuru antara PH, Umno, PAS dan PSM. Calon PH Bakhtiar Mohd Nor
menang dengan meraih 23, 428 undi (48.35 peratus), manakala calon BN
Johan Abdul Aziz mendapat 14,464 undi (30.22 peratus), calon PAS Mad
Shahmidur Mat Kosim (6,966 undi, 16.84 peratus) dan calon PSM S
Arutchelvan (1,293 undi, 3.54 peratus).
Bagaimanapun dengan
mengambil kira kerjasama Umno dan PAS dalam PRK kali ini, beberapa PDM
yang dikuasai PH pada PRU lalu akan menjadi kawasan '50-50' dan malah
mungkin dimenangi BN.
Malaysiakini melakukan tinjauan di
Bandar Tasik Kesuma - PDM keempat dari segi jumlah pengundi terbesar
pada PRU lalu - untuk melihat sejauh mana perubahan sokongan politik
pengundi di sana.
Dan sejumlah pengundi yang ditemui menunjukkan sentimen yang tidak berpihak kepada PH.
Bagi
Ismail Yusof, 71, sokongannya untuk PRK kali ini berdasarkan calon yang
dilihatnya mampu memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam.
Ismail
"(Sokongan)
boleh jadi untuk parti atau individu. Jika parti itu menjurus kepada
kebaikan Melayu dan Islam tetapi calonnya tak menghayati (hal itu),
tiada makna juga," katanya yang meramalkan kemenangan BN di DUN itu.
Penyokong PAS, Nazri Mohd Fadzil, juga menjangkakan perkara sama atas dasar DUN Semenyih sememangnya kubu BN sebelum ini.
"PAS pun baru PRU lepas bertanding di sini," katanya.
Nazri
PDM
Bandar Tasek Kesuma menempatkan 4,492 daripada 54,503 pengundi
berdaftar di Semenyih. Ia merupakan kawasan majoriti Melayu dengan 3,295
pengundi (76.7 peratus), 755 pengundi India (17.57 peratus) dan 217
pengundi Cina (5.05 peratus).
Pada PRU lalu, PH menang di situ
dengan mengumpul 1,763 undi (48.35 peratus), tidak jauh berbeza dengan
BN (1,102 undi, 30.22 peratus). PAS pula meraih 614 undi (16.84
peratus).
Dengan andaian pengundi PAS akan menyokong calon BN kali ini, PH hanya memiliki kelebihan 47 undi saja.
Bagi Juria Sharudin yang mengaku sebagai penyokong kuat BN, tiada apa yang akan mengubah sokongannya terhadap mereka.
"Cakaplah apa yang anda mahu, saya untuk BN. Saya Umno, kerana ia untuk orang Melayu, agama dan perlembagaan," katanya.
Juria
Dia disokong beberapa lagi wanita yang bersama-samanya ketika ditemui di sebuah kedai di Jalan Kesuma di situ.
Tak ada masjid
Peniaga
Jamilah Ahmad Shukeri berkata PH berisiko kehilangan kerusi DUN itu
kerana kegagalannya dalam menunaikan beberapa janji manifesto PRU ke-14.
“Harga barang pun naik, saya yang berniaga lagilah terasa. Saya buat kuih, tapi tepung yang disubsidi dinikmati orang luar.
“Barang
pun susah nak dapat. Misalnya warga Bangladesh dapat berkotak-kotak
(kerana) mereka mengejar lori (yang membawa tepung), kita ini menunggu
saja," kata wanita berusia 50 tahun itu.
Jamilah
Selain
isu nasional, beberapa responden yang ditemui membangkitkan isu
pembinaan masjid yang menurut mereka belum direalisasikan sejak 13 tahun
lalu.
"Di sini mana ada masjid, pakai surau untuk sembahyang
Jumaat. Ini kawasan majoriti Melayu, takkan tak boleh bina sebuah
masjid?" soal Shafie Omar yang merasakan calon PH Muhammad Aiman Zinali
yang berusia 30 tahun sebagai terlalu muda.
"Muda sangat lagi, apa dia boleh buat? Banyak orang yang cakap macam itu," katanya lagi.
Bagaimanapun
tetap ada yang merasakan PH mampu mengekalkan kemenangan di sebalik
kritikan pembangkang terutama dalam soal Melayu-Islam dan janji
manifesto yang tak ditunaikan sepenuhnya.
Jamal Suboh berkata PH mampu menang jika pengundi mengambil kira kejayaan kerajaan negeri sejak sedekad mentadbir Selangor.
“Kalau
BN menang pun, pada saya PH tetap menang - dari segi mereka ibarat
singa kekenyangan yang tertidur, apabila dikejutkan, maka dia akan
menerkam balik,” katanya.
Jamal
Kekalahan
PH di Semenyih hanya akan menjadi pengajaran buat gabungan politik itu
untuk membetulkan kesilapan sebelum PRU ke-15, katanya yang sudah
sepuluh tahun tinggal di Semenyih walau tidak mengundi di situ.
Zabri
Tek pula berkata tidak akan keluar mengundi untuk "pertama kali dalam
sejarah" namun menjangka kemenangan akan berpihak kepada PH.
"Umur
sudah 64 tahun. Ini sejarah, saya tak pernah tak mengundi, tetapi kali
ini malas, sudah bosan," katanya yang menyifatkan BN dan PH sebagai
"tidak boleh harap".
Beliau yang bekerja sebagai pemandu teksi kecewa dengan pendirikan kerajaan dalam isu perkhidmatan e-hailing.
“Kita
sokong sebab dah janji (nak mansuhkan e-hailing). Dia bukan kurangkan,
dia tambah lagi. Dulu kata syarikat Rosmah, sekarang?”
PRK Semenyih dijadualkan berlangsung pada 2 Mac depan, manakala pengundian awal pada 26 Februari.
PH berdepan tugas sukar pujuk pengundi
Reviewed by editorreformis
on
Februari 09, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh N Faizal Ghazali Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan bahawa tiada sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap Dr Nur...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.