Politik tipu dan berdiam atas kejahatan?
Oleh MOHD NASIR ABDULLAH
MARI kita lihat 20
fakta yang mungkin ada kita sudah lupa berkenaan penipuan dan akhlak
memegang rahsia. Berlaku di seluruh dunia dari dahulu lagi. Anda ada
fikiran, boleh fikir sendiri.
1- Teringat dulu, masa mula-mula PAS
menang Terengganu 1999. Penyokong PAS kepung Wisma sebab takut BN bawak
lari fail-fail. Alhamdulillah memang tak boleh bawak keluar fail-fail
itu. Setelah masuk jadi kerajaan, memang ada fail-fail yang dikira
menyalahi undang-undang. Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Besar
ketika itu kata kita ada "berlori-lori" fail sebagai bukti.
Sebelum itu memang PAS janji nak dedah
penyelewengan BN. Rakyat tunggu. Tiba-tiba PAS tukar strategi, tak mahu
ambil jalan kontroversi sebab akan libatkan perbalahan yang panjang.
Ambil jalan bijak. PAS pun batal hasrat nak dedah. Timbalan Presiden PAS
ditanya wartawan mana fail yang berlori-lori itu? Beliau jawab memang
berlori-lori, tapi ada lori kecil ada lori besar. Sampai sudah kes-kes
itu tak didedahkan. Timbalan Presiden PAS pun dituduh penipu. Errr...
Timbalan Presiden PAS tipu ke?
2- Sekumpulan wartawan PAS
Terengganu, telah pergi ke sidang media DS Idris Jusoh di Besut, sebelum
PRU11, 2004. Mereka masuk ke dalam majlis dan membuat liputan secara
menyamar. Malangnya ada wartawan lain yang mengenali mereka dan pihak
keselamatan BN mula bertanya.
Wartawan-wartawan PAS ini tidak mengaku
dan mendakwa mereka dari stesyen TV swasta. Tetapi tidak berjaya. Mereka
dikejar dan dikepung. Sebuah van, hancur dikerjakan lawan. Mereka pula
masuk hospital. Apa kata Presiden PAS? Mereka dipuji Presiden kerana
berani. Tapi mereka menipu. Presiden PAS puji si penipu. Macam mana
gitu?
3- Suatu waktu, setelah royalti
Terengganu dirompak, maka dikeluarkan dokumen perjanjian royalti itu.
Antara isu yang menjadi pertikaian ialah "luar pantai". MB Terengganu
kemudiannya mengeluarkan kenyataan minyak dijumpai di daratan
Terengganu. Kecoh, dekat mana, bila. Akhirnya tak ada pun yang dijumpai.
MB Terengganu bohong ke? Atau mengacah? Boleh ke dalam Islam?
4- Ketika tegang krisis dalaman PAS
sebelum PAN keluar, wartawan telah menghidu busuknya Timbalan Presiden
dan AJK PAS Pusat yang lain berseteru dengan Presiden. Wartawan bertanya
dalam satu sidang media selepas ucapan perasmian muktamar di Batu
Pahat. Kedua-duanya menafikan sambil ketawa. Dan selepas itu ucapan
perwakilan seorang demi seorang, membelasah pimpinan yang khianat itu.
Orang dah tahu, tapi Presiden tipu lagi. Betul ke ini?
5- Semalam Presiden PAS jumpa Tun.
Lepas berkelahi, jumpa bincang. Berkelahi sejak dulu, tapi bila jumpa
senyum memanjang. Presiden PAS bermuka-muka kah?
6- Ketika Langkah Kajang hendak
dilaksanakan, DS Anwar ada datang ke Terengganu, mahu berbincang dengan
Presiden PAS. Sehingga kini, kecuali kenyataan Saifudin Nasution, kita
tak pernah tahu dari pihak PAS, apa perbincangan itu.
Kemudian ianya diteruskan, walaupun
dibantah PAS dalam mesyuarat lain kerana membazir dan tiada keperluan.
PAS bagi ingatan, jangan tukar MB. Tapi PAS tetap berkempen untuk PKR
walaupun ianya membazir. PAS sokong pembaziran?
7- Sewaktu hayat TGNA, ada satu kes
beliau memarahi Ustaz Nasha, dalam isu UG. Sehingga diadakan pertemuan
khusus lapan mata di rumah beliau. Sampai akhir hayat beliau tiada
didengar apa perbincangan itu secara details. Rahsia dipegang kemas. Nasib baik Ustaz Nasha tak bawa recorder macam budak-budak itu.
8- Dalam peristiwa Tahkim, diketahui
Abu Musa yang warak dan alim itu telah dipolitikkan oleh Amru al-Ash
dengan Abu Musa menurunkan Ali dan sepatutnya Amru juga menurunkan
Muawiyah, tetapi diangkatnya dan kekal Muawiyah berkuasa.
Peristiwa itu kekal dikenang sebagai
menjadikan lagi Islam berpecah, Ali dibunuh. Abu Musa rasa sangat malu.
Tetapi Amru tetap dikenang sebagai Sahabat yang membuka Mesir. Tiada
gelaran penipu. Itulah politik. Jika Muawiyah dan Amru menipu, maka
semua Sahabat yang patuh kepada kerajaan mereka juga berdosakan?
9- Dalam tafsir surah al-Buruj,
diceritakan sebuah hadis panjang berkenaan seorang pemuda yang memeluk
agama Allah di sebalik dipaksa menyertai kelas kesyirikan. Gurunya
mengajar tauhid.
Guru tauhidnya menyuruh pemuda itu
menipu bila ditanya kenapa lambat ke kelas oleh guru syirik itu. Menipu
juga, tak padan ajar tauhid. Boleh tak?
10- Dalam surah Yusuf, Nabi Yaakub
menyuruh Nabi Yusuf menyembunyikan tentang mimpinya daripada saudaranya
yang lain. Nabi Yusuf simpan rahsia itu sehingga dia naik jadi kerajaan.
Nabi Yusuf juga menipu kerana meletakkan sesuatu dalam kenderaan
saudara Baginda, kemudian menuduh saudaranya itu mencuri. Pelik Nabi
Yusuf ini. Nasib baik tak dapat kat budak-budak itu.
11- Dalam Perang Khandak, seorang
bukan Islam, masuk Islam ketika perang. Rasulullah menyuruh dia
menyembunyikan ke-Islamannya itu dan ditugaskan mengapi-apikan antara
puak dalam tentera Ahzab itu. Berdosanya jadi batu apikan? Sudahlah
Islam tapi mengaku Islam. Macam tak syarie jer.
12- Pada suatu perang, Amru bin Ash
telah mengarahkan tenteranya memadamkan api pada malam hari, walaupun
cuaca sejuk. Tenteranya tak berpuashati. Bila pulang, mereka mengadukan
hal itu kepada rasulullah. Rasulullah bertanya kepada Amru kenapa? Amru
menjawab kerana musuh akan tahu kedudukan mereka. Rasulullah setuju.
Nasib baik tentera Islam itu bukan dari kalangan yang ada sekarang.
Kalau tidak, takut pindah khemah duduk dengan musuh sebab tak syarie,
tak bagitahu kenapa. Semua benda nak kena bagitahu kat prebet ke. Flat
earth betullah dia ni.
13- Dalam Peristiwa Fathul Makkah,
seorang Sahabat telah memberitahu rahsia kepada Musyrikin Makkah,
rancangan Rasulullah mahu menyerang Makkah. Sahabat itu ditangkap,
hampir dibunuh, perbuatannya itu salah. Dia dibebaskan kerana dia
seorang ahli Badar. Sepatutnya dia dibenarkan memberitahu serangan itu
bagi mengurangkan kemusnahan. Bukankah baik tindakan dia memberitahu
rahsia itu kalau ikut fikiran budak-budak sekarang?
14- Ketika krisis kepimpinan PAS
Besut dengan Perhubungan Terengganu, PAS Besut mahu duduk di bawah
Perhubungan Kelantan. Mereka sangat marah kepada PAS Terengganu.
Mursyidul Am, TGNA mengatakan dalam bentuk kiasan bahawa PAS Pusat tahu
yang PAS Besut pakai kain tapi tak pakai seluar dalam. Tapi kita tak
selak kain dia di hadapan orang ramai. Sepatutnya TGNA selak kain PAS
Besut itu. Dah buat salah, patutnya diberitahu kepada seluruh dunia.
Apatah lagi selepas itu geng-geng tu masuk Umno, Lagilah patutkan? TGNA
tak syarie ini. Tak capai maqasid?
15- Ingat lagi ketika kes pil kuda?
Presiden PAS ditanya hakim tentang kesahihan maklumat yang beliau
terima. Beliau tidak memberitahu secara khusus, hanya memberitahu sumber
yang dipercayai sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Presiden PAS.
Hakim menerima itu atas alasan hak seorang Presiden. Seharusnya Presiden
PAS memberitahu kepada mahkamah, barulah betul berani. Kalau
budak-budak itu jadi Presiden, dah lama bocor.
16- Berapa banyak NGO yang diketuai
oleh orang-orang politik yang kemudian mengaku sebagai non-partisan NGO.
Semua orang tahu, tapi mereka tidak mengaku yang mereka didalangi oleh
ahli politik. Tak baik menipu kan?
17- Teringat kisah lama apabila DS
Idris Jusoh menggunakan lambang bunga padi kalau tak salah, ia lambang
khusus kepunyaan Tuanku Sultan Terengganu untuk lambang MBKT. Kemudian
diarahkan tukar sebab tanpa izin. Sama juga seperti isu guna nama
Presiden PAS. Kau ingat tak perlu minta izin ke bila nak guna namanya
dalam isu-isu besar? Bodoh sangat ke Presiden tak sedar nama dia orang
guna. Yang kau tempel nama Presiden konon sayangkan Presiden masa nak
dedah rahsia itu tak rasa malu ke? Presiden tahu tak?
18- Akhirnya sumpah mubahalah
dah tak laku sebab tuan dia dah mengaku. Sumpah ambil duit Umno itu
sebenarnya sangat umum. Kalau nak bersumpah juga, kita sumpah khusus
gini "Bahawa Nik Abduh ambil duit Umno adalah untuk menjahanamkan agama
Islam, parti PAS, untuk kepentingan diri, untuk mengkayakan dirinya.
Dengan niat jahat menggunakan Presiden bagi mengelirukan jemaah"
agak-agak berani tak dia sumpah khusus begitu? Kalau berani,
alhamdulillah. Setakat kata ambil duit Umno hanya timbulkan persepsi.
19- Abuya Ashaari penah bersumpah mubahalah
ketika beliau mendakwa dituduh dan dipaksa mengaku al-Aqram ialah
pembawa ajaran sesat. Dia melakukannya beramai-ramai bersama pengikutnya
selepas mereka disuruh kerajaan mengaku di TV yang pegangan mereka
sesat pertengahan 90-an dulu. Tan Sri Hamid Othman telah beri amaran
supaya jangan main-main dengan sumpah mubahalah. Mengikut buku
tulisan salah seorang peguamnya yang juga salah seorang kena mengaku
salah itu, Ashaari dikatakan meminta ditunjukkan balasan siapa yang
bersalah dalam masa tiga bulan. Beliau kemudiannya kena stroke yang
cakapnya hanya difahami oleh isterinya Khadijah Aam
Aku tak kata dia terkena sumpah, cuma
lawannya Tan Sri Hamid Othman dan orang-orang besar Jakim, tidak terkena
apa-apa. Jadi kalau berani, boleh cuba khususkan sumpahan itu.
InsyaAllah jika tidak terkena laknat, maka kami percaya. Dah terlanjur
nak muhabalah kan?
20- Semua kisah-kisah itu
menggambarkan bahawa ada masa menipu dibolehkan, ada masa tidak. Tetapi
dalam perang, ia dibolehkan. Sekarang kita sedang berperang melalui
bukan senjata besi kayu, tetapi senjata media. Jika dalam media boleh
memberikan kemusnahan kepada jemaah, maka ia perlu dilawan atau dikawal.
Begitu juga kerahsiaan jemaah.
Siapa yang mengawal media, dia akan
berkuasa. Jadi sekarang, Presiden telah mengatakan kumpulan pembocor
rahsia itu bodoh atau jahat. Sepatutnya minta maaflah dah salahkan? Dan
bagi tahu siapa perakam dan penyebar audio yang khianat itu. Mesti
sanggup bagi tahu, untuk jemaah kan? Atau bacul? Bila kat pimpinan, dia
orang kata tak boleh berahsia walaupun hal sulit parti, tapi mereka diam
seribu kata bila dah diketahui perbuatan curang mereka. Kalau kata
diupah orang luar, marah. Tapi suruh tunjuk muka, takut. Kata takut
Allah jer?
Kenalilah watak-watak yang menjahanamkan
jemaah ini bila mereka mula mempertahankan diri dengan
mengungkit-ngungkit jasa mereka kepada parti konon hebat, mengatakan
mereka ikhlas, memberitahu dunia mereka baik dengan pimpinan itu dan
ini, mereka sayang jemaah tapi belasah depan-depan. Mereka guna nama
pembesar sedang mereka tidak dilayan pun oleh pembesar-pembesar itu.
Itulah tanda mereka tiada kekuatan selepas serangan gagal.
Lihat fakta di atas, hampir sama sebab
tipu itu. Kenapa Presiden PAS boleh buat, Nik Abduh tak boleh? Jadi kita
kena lihat garis masa. Nik Abduh tidak mengaku ketika itu sebelum PRU.
Mungkin Terengganu kalah dan Kelantan juga tersungkur jika mengaku
terima duit Umno walaupun guna untuk kebaikan contoh masjid. Fitnah
terlalu besar. Sekarang orang sudah lupa. Tapi ada yang mahu hidupkan
fitnah sebab bodoh dan jahat tadi.
Apatah lagi dekat pemilihan PAS. Kenapa
aku sebut fitnah sebab isu ini akan terpalit kepada semua ketika jemaah
dah bertenang. Ustaz Zaharuddin yang terlibat pun diam jer,
kenapa anak buah yang bising. Ini juga fitnah, nanti ada orang kata
Ustaz Zaharuddin yang suruh. Betapa besar masalah yang dibawa. Dah kalau
AJK PAS Pusat tak layan itu, takkan tak faham lagi sebab hal ini
rahsia? Atau memang bersungguh benar nak halang PAS dan Umno kerjasama?





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.