Amalan demokrasi tidak bermakna boleh perjuang LGBT - Jakim
PUTRAJAYA -
Amalan demokrasi tidak bermakna semua pihak boleh melakukan apa sahaja
di dalam memperjuangan budaya bertentangan undang-undang, ajaran agama,
nilai dan norma masyarakat Malaysia termasuk lesbian, gay, biseksual dan
transgender (LGBT).
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim menegaskan, sejak dahulu lagi LGBT
tidak diterima di Malaysia.
"Kita menolak
sebarang usaha untuk mengiktiraf LGBT di negara ini selaras pendirian
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang jelas mengatakan bahawa
Malaysia tidak boleh menerima sistem nilai diamalkan di negara barat
iaitu LGBT dan perkahwinan sama jenis
"Pendirian
sama juga turut ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang melarang sebarang usaha untuk
mempromosikan LGBT di negara ini," katanya
Menurut Mohamad Nordin, Jakim merasa kesal
dengan tindakan sekumpulan peserta perarakan Hari Wanita Antarabangsa di
Kuala Lumpur semalam yang menyokong golongan LGBT di negara ini.
Sehubungan
itu, beliau mengesa mana-mana pihak agar tidak cuba mencemarkan imej
Malaysia sebagai negara Islam dengan perjuangan tersebut.
"Jakim
komited menangani dan membantu golongan yang terjebak dengan budaya
LGBT melalui program rawatan dan pemulihan yang dijalankan dari semasa
ke semasa dengan kerjasama pelbagai pihak," katanya.
Baru ini telah berlangsung satu perhimpunan di Dataran Merdeka apabila terdapat
pihak didakwa melaungkan slogan seperti “Hidup LGBT” dan mengibarkan
bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu. -
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.