Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir tampil mengesahkan Mohd Nor
Yassin yang bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil
(PRK) Rantau sebagai ahli partinya.
"Berdasarkan semakan keahlian, diakui beliau merupakan ahli Amanah yang masih baru menyertai parti ini.
"Menurut
tatacara Perlembagaan Amanah, Jawatankuasa Pengurusan Amanah akan
mencadangkan pemecatan keahlian Mohd Nor kepada Jawatankuasa Tatatertib
Parti kerana telah bertanding tanpa menerima watikah perlantikan calon
daripada parti," katanya.
Terdahulu, kekeliruan timbul selepas
Mohd Nor menafikan kenyataan media PAS yang mendakwa beliau sudah
menyertai Amanah pada 10 Mac lalu.
"Saya tak dapat maklumat itu (bahawa saya ahli Amanah). Saya masih ahli PAS," kata Mohd Nor ketika diminta mengulas perkara itu.
Susulan
itu, Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani
tampil mengesahkan bahawa Mohd Nor merupakan bekas ahli PAS yang sudah
menyertai Amanah.
Mohamad Taufek juga tidak menolak kemungkinan Mohd Nor yang bertanding sebagai calon bebas pada PRK Rantau cuba "mensabotaj" PH.
Sementara
itu, dalam kenyataan sama, Anuar turut menegaskan bahawa ahlinya hanya
diarahkan membantu kempen calon PH Dr S Streram.
"Sementara
menanti keputusan Jawatankuasa Disiplin Parti, semua ahli dan penyokong
Amanah yang bertugas dalam PRK N.27 Rantau adalah dengan ini diarahkan
hanya membantu kempen calon daripada PH iaitu Streram," katanya.
Mohd
Nor, 66 pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 bertanding sebagai calon PAS
bagi kerusi dewan undangan negeri Gemencheh di Negeri Sembilan.
Bekas
pensyarah itu tewas di kerusi itu dengan beza 3,025 undi selepas meraih
4,757 undi berbanding calon BN Mohd Isam Mohd Isa yang meraih 7,782
undi.
Mohd Nor hari ini tampil menyerahkan borang pencalonan untuk PRK Rantau sebagai calon bebas.
Selain Mohd Nor, turut bertanding sebagai calon bebas ialah, R Malar yang merupakan penganjur program kemasyarakatan
Dua calon lain ialah dari PH Dr S Streram dan calon BN yang juga Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.
PRK Rantau akan diadakan pada 13 April ini.
Amanah sahkan Mohd Nor ahli parti, cadang pecat
Reviewed by editorreformis
on
Mac 30, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
DAP yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi mengakui bahawa ketika ini wujud krisis keyakinan serius terhadap parti itu serta PH berd...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.